30/12/08

hari ini jam 10

ayahanda aku baru call tadi. result keluar pukul 12. ya aku tahu akhbar kata result keluar pukul 10. tapi aku tak kisah apa pun. lagi lambat lagi elok. tak ramai yang berkerumun kat aku nanti hanya sekadar mahu bertanya, 'kau dapat berapa?'.

pagi ni je dah macam2 terlintas dalam fikiran aku. enam A tujuh A lapan A lapan A lapan A lapan A. LAPAN A!! aku rasa dah tiba masa untuk aku nyanyikan sebuah lagu dek kerana tiada keyakinan diri langsung nak ambil result harini. ehem2. nyanyi sama2 ye kanakkanak.

' Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh '

aku patut fikirkan sesuatu. aku boleh dapat lapan A! semangat gila aku ni. haha. tapi tidak boleh over-confident. dilarang dilarang.

aku sebenarnya dah nervous terlampau gila dah ni. mana tak nya, kiri kanan aku sibuk bertanya soalan yang sama. 'kau dah bersedia ke?'. aduh tolong lah. darjah ke-nervous-an aku ni dah di tahap maximum. jangan lah menambahkan lagi. aku memang tak ready lagi nak ambil.

anyway, semoga apa yang aku dapat adalah terbaik untuk diri aku.

p/s, aku mula terfikir nak off handphone lepasni.