13/12/08

aku rindu zaman perfection

aku ialah seorang pelajar perfection tahun 2008.

tadi aku baru habis tengok album muke pelajar2 perfection kat satu orang dalam myspace ni. dia ni satu perfection dengan aku. tapi entah kitorang jarang cakap. 5 bulan sekali kot. haha.

biar aku describe aku di perfection. azyansyahirah seorang pendiam. hanya akan bersuara bila orang tanya. kalau tak dia hanya akan berbalas senyuman sahaja. haha. azyansyahirah is not much bijak, tapi dia selalu menjadi rujukan orang di kelasnya. walaupun kadang2 teori yang salah dia berikan dalam math. aku pon heran!! mungkin sebab muka dia cam pandai kot. haha. puji diri sendiri. azyansyahirah tak friendly. dia tak kawan sape2 kecuali orang di barisan dia. sombong gile babi! azyansyahirahselalu pegang buku ke mana2 dia pergi. dan akan blaja di mana2 tempat tak kira tandas atau depan kedai tayar. even masa berdiri pon dia boleh lagi sempat jawab soalan sejarah. rajin gile lah minah ni! azyansyahirah suka siapkan kerja tusyen. even kerja carik nama haiwan pun dia siapkan. rajin tahap bezita. azyansyahirah suka jawab soalan cikgu. tapi dia selalu tak dihiraukan pasal memang muke dia je jawab soalan. takde orang lain. perkara ini berlaku di sekolah juga especially time geog. aku rasa semua tanak kasi chance kat azyansyahirah tu. sian dia kan. haha. azyansyahirah suka jalan sorang2 dan duduk sorang2. walaupun dia berkawan agak rapat dengan dawana a.k.a gadis hot di perfection. perhatian! azyan bukan nak tumpang faymes atau apa2. dia pon tak suka orang cakap apa2 pasal dia from the back. yang pasti dawana seorang yang baik, tak belagak, cantik, such a wonderful person. kau tahu, bila kita faymes ramai secara tiba2 nak kawan dengan kita. walaupun ada yang tak ikhlas langsung. ni apa yang aku tengok terjadi kat dawana. dan azyansyahirah pula. ramai yang nak kawan dengan dia untuk dapatkan no gadis panas tuh. manusia manusia. sampai sini je kot dapat aku describe azyansyahirah di perfection.

mak aku ada tanya, ' kau nak masuk perfection lagi ke next year?'

dalam hati aku, aku seronok ke belajar kat sana. aku banyak berfikir tentang persepsi orang disekeliling kat aku kat sana. aku banyak berfikir tentang manusia di sana. kenapa dorang macam ni, kenapa dorang macam tu. dan aku tak concentrate langsung belajar. aduh kenapa benda ni boleh jadi?kenapa terlalu risau dengan semua ni. patutnya aku datang untuk belajar untuk pmr, bukan belajar tentang sifat2 manusia. kan kan?

tentang cikgu di sana, aku agak bored dengan sesetengah cikgu. especially cikgu bm. math pon sama. dan untuk knowledge ko jelah, aku rasa perfection banyak suruh kita melabur. for example, dia ada buat seminar. then tiba2 cikgu yang bagi seminar tu boleh kata, 'join lah seminar saya. saya akan kasi you tip2 terakhir. hanya 20 ringgit sahaja'. maksudnya kita kena attend 2 seminar. kenapa tak kasi semua tip terus kat seminar tuh. dan nak buat lagi 1 seminar. shit. duit duit. aku benci permainan duit. aku rasa perfection tak sayang pokok. suka membazir kertas. tau lah kaya gile, tapi takyahlah membazir bagi kertas macam2 yang tak guna langsung. ha kan dah terkantoi aku nature-lover. haha. aku rasa perfection suka menabur janji. perkataan jamin, gurantee blabla itu sangat memualkan aku. mungkin aku patut ajar mr christopher that promise is a big word. jangan menggunakan perkataan itu untuk mempengaruhi fikiran orang.

p/s, perfection tusyen paling lawa and bersih aku penah pegi.

anyway, aku rindu gile aku di perfection. just like a nerdy girl. cume tak berspek beso je time tu. hahah