20/12/08

rona roni makcik kau


biar aku beritahu perkara sebenar, semalam parent aku mengamuk akak aku tukar channel RIA semata mata nak tengok cite lakonan sharifah amani dan Bront Palarae , RONA RONI MAKARONI. tak pasal2 aku sekali kena tempias. dah kecoh satu rumah. pasal cerita rona roni tu jeh? haha. dan bapak aku lagi rela kitorang layan cerita tahyul niang rapik tu. niang rapik pon niang rapik lahh.

kalau korang tengok, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ni selalu meletop letop walaupun aku kadang2 je tengok drama dia. sindarela la, emil emilda la. tengok feedback dari penonton semua senang hati. dari tv3, shahrulezad terbang ke astro pula. dan tak pasal2 drama dia masuk dalam slot MEGADRAMA. dan kalau dah masuk slot MEGADRAMA tu, kira bagi penonton astro kau wajib tengok cerita tu. iye ke? aih macam mana boleh masuk topik pasal shahrulezad, megadrama pulak ni? tukar tukar.

mulanya aku ingat parent aku tak suka tengok cite tu pasal macam cite orang gile, merapu tak tentu hala, kecoh nak mampus. aku pon tak suka. tapi aku layan gak ulangan dia masa parent aku pegi cari rezeki. tapi ternyata aku salah. dorang tak suka sebab cerita tu macam memperlekehkan orang kampung. bila dorang cakap macam tu, aku tersentak lah juga walaupun aku bukan duduk kampung. aku mula rasa ada betulnya apa yang parent aku kata. dan seingat aku bapak aku ada kata, 'kitorang pon asal orang kampung jugak, tapi takdelah sebodoh tu'. aku rasa bapak aku nak cakap 'batak' tapi terkeluar bodoh. agaknya lah.

seperti korang tahu, Rona tu memang asal dari kampung dan berhijrah ke KL untuk cari bapak dia Jalil. tapi aku tak minat dia terlalu kampung sangat. i mean kenapa ada watak terlalu kampung sampai tengok klcc pon sampai boleh jerit2 kua2 tingkap la. ada satu adegan yang mana Rona tak tahu guna tandas duduk dan dia boleh terjatuh sebab nak cangkung dekat jamban tu. alasan, kat kampung guna jamban cangkung tu. oke maybe ada sesetengah orang anggap lawak, tapi aku lebih rasa ia sesuatu perkara bodoh. takkan kat kampung takde pon, kau tak boleh fikir macam mana nak guna jamban tu. budak kecik pon boleh fikir la. dan kalau budak kecik boleh fikir, shahrulezad tak boleh fikir, aku rasa dia kena masuk kelas cara2 menggunakan jamban balik.

persoalan pertama kenapa nak perlekehkan orang kampung? aku tak rasa orang kampung kalau pegi bandar boleh bertindak macam tu pun. oke kalau tak percaya tanyalah kawan kau dari kampung, dari ulu, ajak dia datang KL. kalau takde, kau tanya atuk kau. atuk kau pon orang kampung gak kan. rasanya dia pon tahu bersifat waras. dan kenapa nak guna frasa orang kampung? sebab dia dressing macam nenek kau pegi pasar. la en. aku lagi suka kalau watak sharifah amani tu guna frasa orang bodoh yang buat2 bodoh.

kalau nak buat lawak pun, aku tak rasa kau kena guna cara dengan menjadi seorang bodoh. banyak cara lain kan. dan aku lebih respect Nabil kerana dia tak menjadi bodoh masa buat lawak. but still orang boleh gelak golek2 kan. dan kenapa kenapa kenapa selalu ada watak jadi bodoh untuk bagi orang gelak? sebab tu aku tak suka tengok senario. lagi2 bila azlee jadi budak kecik. oh puh-leeezz!(cam apetah kan aku gune ayat ni haha) dan boleh pulak orang gelak??? benda ni serupa macam masa rosnah mat aris terlepas cakap sesuatu sensetif dan boleh pula penonton rancangan galaksi itu menepuk tangan? seriusli manusia ni kadang2 aneh juga kan.




p/s, aku bukan nak boikot cerita rona roni tu pun. kepada peminat cerita tersebut, peribahasa sesuai untuk situasi kali ini; rambut sama hitam, hati lain2 oke.