26/12/08

sungai lagi

masa orang sibuk tunggu santa claus dekat tepi tingkap, aku dah sibuk berjalan mencari kenduri kawen. entah sape punye kawen entah. moga2 bahagia ke akhir hayat lah. mungkin patut ada rancangan jalan jalan cari kenduri kan kan.

dah macam satu adat pulak, orang kalau nak kawen mesti buat time cuti sekolah. kenapa ye. lagi meriah agaknya. aku pun dah macam asyik kena makan nasi minyak je. patutlah berminyak muka aku ni. nasib lah badan tak berminyak, tidak jadi malek noor. kau bayangkan, muka kecik tapi badan macam malek noor. cool giler kan. haHA

kenduri kawen tu dekat tanjung malim. oh ya! aku baru tahu kat sana ada sungai. nama sungai itu sungai bil. aku takdelah excited menggile macam adik aku. kecoh kecoh nak pegi mandi sungai. seyes sungai tu lawa gilelah. tapi sayang, facilities macam ape je. jamban kecik gile gile, pastu boleh ngendap lak tu. sakit hati je.

eh aku rasa jamban satu tempat penting. jangan remeh2 kan nya. kita pergi jamban hari2 tau, setiap masa juga kadang2. jangan kata jamban kau kat tepi longkang dan di belakang semak pula.

aku rasa kalau sape2 nak pegi sungai ke pantai ke ape je, sila bawak jamban anda sekali. aku nak cadangkan kat pusat jamban sedunia supaya boleh sediakan sesuatu yang berasas buat aku seperti jamban bergerak atau jamban terbang.