5/12/08

dia

makan tido makan tido lagi sebulan sahaja mahu melangkah ke alam persekolahan semula. tahun depan aku akan menjejakkan kaki ke kelas aliran sains. aku sudah mula belajar untuk memahami subjek tingkatan empat pertamaku; biologi. menterjemah setiap perkataan asing. ada sesetengah perkataan yang begitu memutar belitkan lidahku. mitochondrion apa bunyinya? aih apa mahu kusut2 ni, guna loghat melayu sahaja lah. ah asal sedap sudah kan?



aku pernah melihat seorang buta ingin melintas jalan. kepayahannya jelas terserlah. dengan menggunakan tongkat dia merabaraba permukaan jalan. melihat masyarakat di sekeliling, mereka hanya memandang simpati dan menghindarkan diri dari terkena tongkat si buta itu. tidak ada seorang pun yang mahu memimpinnya melintasi jalan yang sesak itu. ada terdetik di hatiku mahu membantunya. tapi aku tidak ubah seperti manusiamanusia di sekelilingku. membatukan diri dan terus berjalan seperti tiada apa2 yang berlaku. di pertengahan jalan, aku menoleh ke belakang semula. hanya sekadar kelipan mata, aku meneruskan perjalanan semula. memikirkan hal sendiri.
dan sekarang, 2 minggu sudah berlalu. dan aku bertanya sendiri, mungkinkah aku yang sebenarnya buta? bagai satu sumpahan, kejadian itu bermainmain dalam fikiranku. maafkan aku kerana bertindak songsang.
kalaulah masa dapat dikembalikan..