3/12/08

penat

maaf hapdet lembap. aku busy banyak sekarang. almaklumlah musim cuti sekolah. aktiviti tido semakin aktif tak kira waktu. hoho. jadi silalah menjamah karangan yang ada. selamat.

29112008 aka sabtu
aku+family--> kereta--> pavillion
pagi, cerita bolt si anjing menjadi sarapan hari ini. mak oi nasiblah pemilihan cerita kartun kali ini lagi baik dari cerita wall-e. memang lah wall-e tu banyak pengajaran, tapi bosan gile. ta habis2 dengar robot tu cakap, 'eeevaaa'. percintaan robot layan jela. aku suke hang out ngan family. almaklum lah duit ku tidak akan disentuh sama sekali.
'terimakasih ayahanda.' oh tapi duit aku tersentuh juga akhirnya apabila melihat deretan comic2 dekat mynews.com. sesungguhnya sifat pemboros aku akan terserlah bila bab comic. adoyai. nasib nafsu dapat dikawal dan dapat lah aku 1 comic je. alhamdulillah. oh aku beli readers digest jugak pasal rugi wo ta beli 2 buku yang bernilai 1 buku. pastu aku bisik kat bapak aku, 'pasni ayah claim balik tau.'. hoho. total= RM21.50 telah ku belanjakan.

di malam hari, macik pacik serta anak2 khas dr perak datang kerumah. oh datuk dan datinku juga datang. total=8 orang semuanya. oh aku suka mereka datang. '
dah macam hari raya pulak.', kata nenekku. adoyai raya lagi berapa hari je lagi kan. mintak2 dapatlah aku sembelih ikan nanti. ha dengar khabar2 angin datuk aku nak buat nasi beriyani. *garu kepala kejap* er mintak2 ini hanyalah khabar angin sahaja. semoga rendang akan tersedia di pagi raya nanti. amin ramai2.


30112008 aka ahad
o yeah bertambah lagi bilangan orang di rumah ku. pacik macik aku dr shah alam bersama anak dan cousins aku dr johor datang. total=7 orang semuanya. parent aku dgn macik pacik aku dr perak awal2 pagi dah bertolak pegi batik fair kat pwtc. kegilaan batik semakin menjadi2 sekarang. mintak2 adelah kain batik buat aku juge nanti. sementara mereka sibuk di pwtc, aku dan cousins ku bersama pacik macik aku dr shah alam dah bersedia memulakan journey kitorang pula. o yeah mari2 meriahkan zoo negara. dah bertahun tak melihat badak di sana.

rumah-->kereta-->jam gile-->zoo
total si pengikut=13. bapak ramai ah. 1 innova pun tak cukup. terpaksa aku meribakan si syuhana yang berpunggung duri itu. haha. sampai2 je cinabeng sungguh. ku ingat semakin meriah zoo ni, rupanya khayalan sahaja. bosan gile zoo tu. entah lah penat aku merayau, kaki yang sakit. seyes penat gile. aku rasa dulu lagi meriah kot zoo ni. ataupun dulu kan aku budak kecik. tengok gajah pun dah excited gile badak. lagipun masa kitorang pegi, 1 show pun tak ade. aiseyman takde rezeki. ni antara gambar2 yang ditembak oleh uncle aku. selamat mencuci mata!

rupanya cik zirafah juga pandai menjelirkan lidah.

dia cakap aku 'good'. haha

si budak2 kecil

menaiki badak keras. wee~

balik je rumah, pergh ramai gile isi kandungan rumah aku. total=24 orang. lepastu 11 orang meneruskan journey ke johor.total=13 orang sekarang. tapi tetap ramai juge kan. lepastu 10 orang nak stay rumah pacik aku kat shah alam. tinggal 3 orang je kat rumah, parent aku ngan abang aku.

kat rumah pacik aku, kitorang pon berkaroke lah tak hengat dunia. yang lain ade gi main wii lah. giler best ahh. nak jadi cerita time tu suara aku titibe kehilangan jadilah suara jantan bila nyanyi. ha pedulik apa janji aku dapat 88 markah. peewit!! haha. pukul 3.30 pagi barulah konsert karoke rumah pacik aku tutup beroperasi. misi menghabiskan basi2 mengantuk diteruskan dengan menonton tv. eh tidak, tv yang menonton kitorang. hoho

01122008 aka isnin
rumah pacik-->rumah
selamat bulan disember!! harini pacik macik aku from perak mahu balik. adik aku macam biaselah. akan meneruskan misi mengikut jejak cousin aku pergi perak juge. kalau dah adik aku ikut, aku pun akan dipaksa ikut. tapi aiseyman aku sangat pemalas mahu ikut.
'maaf aunty.' betul kata orang, makin besar makin malas kita nak ikut jalan contoh kenduri kawin. total isi rumah sekarang=6. bila bapak aku tau adik aku nak follow aunty aku, cepat2 dia balik rumah. adoi kasihan pulak aku. mesti sunyi rumah ni kalau si kecik tuh takde.

petang, misi ke digital mall. aku punye pendrive da dipinjam macik aku. er bagus jugak macik aku pinjam dapat lah aku pendrive baru. haha. terimakasih daunkesom to my uncle pasal sponsor pendrive kali ini. sekali lagi duit tidak disentuh. huhu.


ok pasal banyak sangat misi, aku da mengalami kepenatan yg teramat. sampai sekarang terasa penatnya. dan akhirnya misi mula belajar chemistry, biology and blablabla subjek form4 sudah 2 hari terlewat. adoi. hopefully malam ni dah boleh mula.