29/11/08

iyeke?

aku patutnya nak post entri ni semalam. tapi disebabkan giliran aku meneroka internet lambat jadi terpaksa aku save apa aku merapu.

semalam ada majlis penyampaian anugerah sektor kualiti awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. ha aku 80% yakin sesangat yakin mesti ramai yang kurang tahu kan. aku pun tak tahu akan kewujudan majlis ini. aku ni pun kira sangat bernasib baiklah terserempak dengan tv1 masa merayau2 mencari program untuk ditonton. tv1? nak tekan butang 101 atau 1 pun dah teragak2 rakyat malaysia ni.

aku heran kenapa majlis yang sebegitu berprestij itu tidak se-gah anugerah skrin baru2 ini dan tidak bermandikan cahaya seperti konsert Akademi Fantasial. cuba lah bayangkan kalau pentas AF tu siap berlampu2 lagi, pentas majlis ni alahai macam hamparan karpet merah sahaja. kalau konsert jomheboh tu band music dia sampai kat jamban rumah pun boleh dengar dorang detum-detum. majlis ni pula, band music kecil-kecilan je pastu aih tak menarik langsung la. dalam hati, mungkin ekonomi dunia tak stabil jadi kerajaan tak cukup duit kot nak buat majlis meriah2 ni. kemungkinan kedua kerajaan suka akan keserdahanaan. hoho

kalau nak diikutkan majlis ni lagi berprestij dari majlis2 anugerah hiburan yang tak habih2 orang sama dok hadap piala. eh berprestij ke majlis anugerah hiburan tu? ketuk kepala tanya minda. pemenang2 pun bukan calang2 orang, cuma bezanya tak popular di kalangan masyarakat la. secara jujur, aku rasa semua orang pun macam tu kan. kalau ditanya nama tokoh2 di Malaysia ramai yang kurang tahu, tapi kalau tanya nama artis, tanya satu jawab sepuluh pun boleh. kemungkinan, kita lebih terdedah akan dunia hiburan dan dunia tokoh2 ni ramai yang kurang berminat. aku juga antara orang2 sebegitu. kalau dapat surat khabar, yang akan aku gapai mula2 ialah pancaindera walaupun hakikatnya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan baca hal orang.

bila bebel pasal ni, aku mula terfikir. kalau sekarang pun semua orang lebih mengambil berat mengenai hiburan berbanding tokoh2 yang banyak menyumbang jasa kepada Malaysia, bagaimana bila 15-20 tahun akan datang? mungkin akan wujud masyarakat yang langsung tak tahu bila ditanya mengenai perubahan Malaysia ke arah kegemilangan. hu macam mana lah anak pinak aku karang. rasanya kalau aku tanya siapa bapa pembangunan dia tahu ke tak ye. hoho.

haih patutnya aku yang kena berubah dulu kan baru boleh bebel2 macam nih. azyan BERTUKA!! :DDD