7/11/08

tiada tajuk sukahati mahu cakap apa

*sedang menghayati lagu malam by manis*

entah kenapa aku berminat mahu tulis blog pasal lagu ni. mahu promote lagu kah? haha. mana ada deh. saja sukasuka lepas bosan. bukan baru dengar lagu lagu ini, tapi baru merasa bahagia dengar lagu ini. mahu lompatlompat dengar lagu ni. kadangkadang tu melayang juga fikiran kalaukalau aku dapat menggantikan tempat cik aina menyanyikan lagu ini. ditambah dengan suara ala buluh perindu aku ni, agaknya gempak tak? haha. berangan!

jalanjalan dalam dunia myspace. terlihat gambar. ait? macam pernah ku lihat saja foto sedemikian rupa. oh tak mungkin. ini kes ciplak atau terlintas serentak di fikiran mahu snap gambar sebegitu. entah lah deh. aku pun tak pasti. dan aku tak berani nak kata mereka meniru atau tidak. tapi aku nasihat,
jangan menciplak hasil kreatifiti orang lain. kalau nak ciplak pun, buatlah lagi hebat atau lagi tak hebat ke atau senang cerita tepuk dada tanya selera. jangan tiru bulatbulat saja. plagiarisme deh!

*
sangat kesal melihat baju local brand diciplak bulatbulat dan dijual di pasar malam. setupid!*

sudah buang gambar yg sama tuh, khuatir si pemilik gambar datang menyerbu aku. huhu. kecut perut saja.