14/11/08

meraban

aku sekarang dalam proses pembikinan satu belog ni. tajuk dia aku belum dapat ilham lagi. inti belog tu pasal wajah2. aku rasa best gak la belog tu sesedap karipap mak aku. tapi aku tak start lagi sesi photoshoot. aku memang nak ambil gambar orang lain je, tapi aku takut kang diserbu berkecai badanku karang. tak sempat gua amik result pmr. tapi entah akan diteruskan ke tak belog tu pasal aku sedang kacaubilau buat kad. nak menjejakkan kaki ke memory lane, sangatlah malas. lagipun aku suka kemanisan usaha. betulke ayat aku ni? harap dewan bahasa tak tangkap aku masuk lokap.

cakap buat kad, dulu aku bercita2 mahu mencipta label clothing aku sendiri. seronok tengok orang pakai baju hasil palotak kita. sebenarnya bangga menggila. ha mana tau kot2 aku aku bakal famous bak melinda looi ke takpun radzuan radziwill ke nanti. menangis kegembiraan mak aku. hoho. disebabkan aku seorang yang suka hangat2kan tahi ayam, ku tinggalkan cita2ku itu. aku bercita2 nak buat kad pulak dah memandangkan modal dia lagi murah dari buat baju. lagipun masa tu pipit ada buat projek apa tah. lagi la berkobar2 aku. hari2 dok hafal deadline. menjelang deadline, baru aku ingat aku tak post pun segala design2 durjana tu. apparently memory 1000GB dalam otakku tak mencukupi rupanya.

ha tengok program eric leong kat tv, timbul 1 hajat mahu jadi seperti dia; interior designer. aku paling syok part yang 'surprise!!!' tu. mau tercabut jantung pemilik kediaman tersenyum sambil bercucuran air mata. part menangis ni aku tak faham. apesal mahu sedih2 pulak. mungkin eric terbuang furniture pusaka dia kot. hoho. kita tinggalkan dunia eric leong. aku ngan bapak aku sejiwa na bukak bookshop. ala bookshop kecik je ala2 mph gitu. bila dah maju sikit baru kitorang upgrade sikit jadilah kinokuniya. amin.
aku siap da plan da rupabentuk bookshop ni. ada sikit2 rupa rumah ultraman, cuma bezanya ultraman punye dekat jepon, aku nye kat Malaysia je. senang anda2 nak datang karang. ha bila dan dimana akan wujudnya bookshop ini ialah tanda soal. maksudnye tak tahu la. Allahualam. mungkinkah esok dan di sebelah rumah anda?

ha sampai sini jela episod angan2 awang2an aku. aku kembali menjadi seorang pelajar, m'katam sebanyak buku yang boleh. aku rasa aku terlalu mentah untuk berbisnes. setakat jual air kosong boleh la kot. bak kata aimy, kecik2 lama2 jadi bukit. mula2 air kosong, pasni aku jual air vanilla+coke+float la pulak.