8/11/08

mungkin aku yg tidak faham

yah mungkin aku yang tidak memahami situasi2 yang berlaku di sekeliling aku. aku tidak menyalahkan sesiapa yang melakukan situasi di bawah dan siapa aku untuk menghukum mereka. mungkin aku sedikit menyemai rasa peduli dalam diri ini untuk mencari jawapan bagi soalan2 tersebut. amaran! ini sekadar bahan bacaan sahaja dan langsung tiada rasa tidak puas hati.


situasi satu
kenapa perlu ada manusia yang mahu menulis ' aku bosan hidup single ', 'single itu membosankan ',single ini, single itu sebagai nickname atau shoutout mereka. seolah olah single tu sangat membosankan. yah maybe for those yang dah biasa bercinta, then one day ta dapat bercinta mungkin mereka rasa kesunyian. tapi bagi aku kalau dahagakan cinta sekalipun, tak perlulah tulis sedemikian. nampak sangat mengharapkan cinta dan mahu keluar dari dunia single tu.


situasi dua
kenapa perlu letak gambar girlfriend atau boyfriend besar gedabak dalam profile? kemungkinan pertama, mungkin mereka mahu membuktikan rasa kasih dan sayang kepada lover mereka. oh itu terpulanglah, mungkin itu cara mereka m'ekspres rasa sayang dan mampu mengeratkan lagi hubungan sedia ada. kemungkinan kedua, mungkin mereka hanya mahu menayang gambar lover mereka dan beritahu kepada dunia.


situasi tiga
kenapa perlu melakukan perkara yang sudah terang lagi bersuluh akibatnya. contoh pertama, di sekolah. kenapa perlu mereka bergaduh, membuli yang lemah. hebat sangatkah jika ditakuti oleh semua orang dan menjadi perhatian dunia apabila bergaduh? atau mungkin bergelumang perasaan bangga bila dapat membuat cikgucikgu tersentak melihat keberanian kau? contoh yang kedua pula, aku tak faham dengan si perokok. dusta jika mereka tidak tahu apa akibat merokok. kalau tidak tahu juga maknanya mungkin masa mereka tingkatan3, mereka tidak belajar topik kedua subjek sains. aku ada dengar antara alasan mereka merokok untuk nampak macho. deh! macho tapi badan tak sihat tiada guna. mungkin susah untuk berhenti tapi tak mustahil kan?


situasi empat
dulu aku sering pelikpelikan apabila kawan aku suka dengan orang yang acuh tak acuh melayannya. dan sekarang aku juga masih tidak faham walaupun sudah terkena batang hidung sendiri. kenapa aku suka dengan orang sebegitu yang aku pasti aku sememangnya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. ceh jampi apa kau taroh kat aku nih? haha


mungkin terdapat sedikit kontradiksi dari segi pendapat dan kemungkinan yang aku beri dan harap maaf jika ada yang tersinggung. rambut sama hitam hati lain2. satu hari nanti mugkin aku akan dapat jawapan yang sebenar.