25/03/09

Bila Bila Cik Senang Hadir



Tajuk post kali ini lebih berbunyi “Bila kehilangan yang kembali, Kegembiraan itu hadir”. Lebih fokus cerita semalam dari cerita hari ini. Maaflah. Hari ini kurang cool. Hari ini hari apa? Rabu. Ah patutlah. :?

Oh sebenarnya takde kena mengena dengan hari apa pun. Aku rasa semua hari pun lebih kurang aja. Aku tiba2 terfikir kenapa dulu kalau tulis biodata ada soalan “what is your favourite day?”. Aku terlalu taksub dengan hari selasa satu masa dulu pasal dulu aku tolak campur kuasa dua kuasa tiga, hari lahir aku jatuh hari selasa. Jadi aku ingat apa pun selasa mesti jadi benda best.

Dulu ada permainan aku tak tahu apa namanya, tapi lebih kurang macam permainan yang tiada noktah soalan. Kalau korang ingat dia punya ayat mula2,”nak makan, dua jenis, iaitu…” Dia tanya apa favourite food, favourite boyfriend, favourite teacher, favourite actor etc etc. Dulu masa game tu famous suka gila aku main sampai satu saat baru aku tahu aku addicted tahap gaban. Hahaha. Dah dah sekarang mana ada aku ketagih dah. Aku tak boleh bayangkan satu hari nanti wujudnya satu rehab atau rumah Pengasih untuk budak2 macam aku yang addicted dengan game ni. haha

Balik semula cerita semalam. Masa on the way nak pergi tusyen aku jumpa si hilang datang kembali. Bagai mimpi. Aku toleh dua kali. Dia tegur aku, “apa pandang-pandang? Macam pernah nampak ke?”. Aku rasa masa tu aku hanya mampu tersenyum je. Tergamam, teruja, ter ter ter. Mimpi jadi realiti oh! Siapa tak ter ter ter. Dan sepanjang perjalanan ke tusyen macam jalan atas langit aje. Haha.

Hari ini ke tempat yang sama lagi. Berharap dia ada di sana. Berharap senyumnya untuk aku. Berharap matanya melihat aku. berharap tawanya kegembiraan aku. Ahaha maaf si geli yang geli dengan kata aku. Saya sedang menghayati situasi sebenar. Haha :DD