29/03/09

Berpandu dan Berputeri

Untuk tiga hari bergelar pandu puteri atau sekarang ni aku dah boleh dipanggil ranger pasal aku tingkatan empat. Kira dah ditahap puteri2 yang senior lah. :)

Dulu aku tunas puteri masa aku sekolah rendah. Aku jadi bridget disiplin. Kira setiap khamis aku kena pakai baju tunas puteri, berkawad macam askar tak cukup makan dan buat tugas biasa seorang pengawas yang baik. Masa aku masuk sekolah menengah. Semua macam tak konsisten. Setiap tahun bertukar-tukar. Sampai hari ni aku sendiri tak tahu apa unit beruniform aku. Aku lah KRS, akulah PBSM, aku lah Pandu Puteri. Hahaha. Gila tamak betul!

Ok ini ringkasan hari hari yang sudah.

2739
Macam biasaq ah dirikan khemah dan segalanya. Well apa yang aku terlalu excited sangat pasal kem ni ialah Wey ade! Ahaha dah mula dah penyakit miang keledek menyerang. Ok baik kita tinggalkan plot cerita tu. Aku tahu mesti ada yang rasa aku pergi kem ni semata-mata pasal dia ada. Dodol aku takde lah siot macam tu. Pergi untuk sijil yang utama. :)
Aku kumpulan Emerald. Ahli kumpulan aku semua tingkatan satu, aku dan Fairuz je tingkatan empat.
Oh hari pertama aku banyak belajar pasal lagu pandu puteri. Macam korang tahu pandu puteri terlampau banyak lagu. Lagu lagu pula jenis macam lagu tadika. Bukan maksud aku lagu kanak-kanak, lagu comel comel. Aku paling suka lagu “Yogi-Bear”. Macam kau tengah jadi kanak-kanak tadika balik. Serius macam budak comel. Ahaha!

2839
Permainan luas. Ni macam permainan treasure hunt lah. Tapi semua ikut gaya pandu puteri. Cuma aku rasa sedikit bosan dengan permainan luas ni. Mungkin pasal aku dah pergi lagi best dari ni, jadi mula lah ada rasa ingin mmebandingkan. Hem tak patut betul. Pandu puteri ada cara mereka sendiri.
Pertandingan kawad kaki antara sekolah2. boleh pulak masa tengah kem, ada pertandingan kawad kaki pandu puteri antara sekolah-sekolah daerah Gombak berlangsung. Bosan. Taman Melawati menang itu sahaja. Mereka bertuah kerana pesaing mereka langsung tak menarik untuk dijadikan Juara.
Masakan Rimba. Macam kem KRS masa aku tingkata dua dulu. Cuma ada penambahan resepi. Kalau dulu aku belajar masak telur dengan Roti Pintal. Kali ni telur dalam kentang dan roti pintal. Rasa dia biasa je. Tapi mungkin kalau kita tinggal di hutan, tu lah makanan yang paling sedap kot. :)
Malam Kebudayaan. Tak de apa yang menarik masa persembahan pasal kumpulan aku ada masalah dari segi kerjasama. Masing2 payah nak ada satu kata sepakat. Marah atau tidak kalau kita lontarkan idea tetapi dikomen dan dikritik secara terus oleh orang yang langsung tak menyumbang idea? Last2 aku dapat idea persembahan kali ni kumpulan aku akan membincangkan tentang malam kebudayaan atas pentas tu nanti. Jadi tak payah fikir apa2. Padan lah muka anda anda yang susah sangat nak bagi kerjasama tu. Alhamdulillah berjalan dengan agak menarik walaupun semua lupa dialog. Haih!
Aktiviti malam. Selalunya aktiviti ni yang aku nantikan dan memang dah lumrah aktiviti ni yang akan menjadi lambang sesuatu perkhemahan. Aku rasa aktiviti ni nama dia “rope trekking” kot pasal kena ikut jejak tali sambil mata ditutup. Serius memang kecoh gila paal terlalu banyak penipuan-kurang-asam disitu. Contohnya takde katak, tapi cakap ada katak. Aku dah berapa kali fesi2 tu suruh langkah besar2 padahal takde pape. Masa aku nak cari tali untuk perjalanan seterusnya, tangan aku macam gila aktif last2 terkena cikgu laki-pakai-spek-tak-tahu-nama tu punya muka. Lepastu dia kata, “nasib tak kena mata cikgu.”. aku dah gelabah malu gila pasal habis aktiviti tu baru aku tahu yang cikgu tu ialah cikgu yang “tu”. haha aku pun tak tahu apa aku nak cakap. Tapi memang malu gila. Aku rasa tangan aku ni dah makin buas kot? haha

2939
Macam biasa punya hari terakhir lah. ada majlis penutup, bersih-bersih. itu sahaja kot. Yang banyak ialah akitiviti sembang-sembang. Haha.
Gambar berdrama
Ok keseluruhannya aku rasa ni lah camp paling relax aku pernah hadir. Serius aku tak tipu. Tak tegas mana pun dan aku enjoy gila. macam bercuti melancong tiga hari di sekolah aje. Hoho.
SekuaciKata: Satu hari Mahatma Gandhi naik keretapi. kearah mana rambut Mahatma Gandhi terbang apabila menaiki keretapi yang laju? Jawab Jawab :)