9/03/09

hari ini kita sambut lagi

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430 Hijrah.


Tahun ni betul-betul ikut tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar. Hari isnin dan bertarikh 12 Rabiul Awal kan? Cuma bukan tahun gajah lah. Tahun ni tahun apa? Tahun ekononomi nazak kot? Innalillahh. :)


Aku dah kehabisan gambar. Jadi terpulang kepada anda untuk menilai sejauh manakah gambar ini memberi kesan mendalam kepada anda apabila anda menatapnya. ceyy! Haha

Sebenarnya tadi pagi aku bangun, tapi aku pelik apesal macam tiada apa-apa. Mungkin aku seorang je kot yang rasa. Tapi serius oh aku heran kenapa tak meriah pagi ini. Hujan rahmat dah mula turun. Aku sampai lupa hari ini maulidur Rasul. Kalau dulu masa kecil, meriah lah jugak. Sekurang-kurangnya terasa lah juga sambutan tu. Kali ni sepi aja. Orang berarak pun tak kelihatan. Aku tengok tv pun macam tiada apa-apa. Macam hari biasa juga. Mungkin semua dok sibuk lagi pasal PPSMI tu kot? :)