7/05/09

Abang Hannah Beraksi



Aku baca balik apa aku tulis semalam. Rasa nak padam. Aku tulis dalam keadaan penuh marah, marah dan marah. Penulisannya seperti ikut hati tanpa berfikir panjang. Lama aku fikir pasal ni. Last2 aku tertidur dan bangun dan kembali bertemu dia di sekolah.

Aku mula sedar dalam semua perkara bukan sepenuhnya pesalah itu ialah pesalah. Mungkin 70peratus dia salah lagi 30peratus orang lain punya salah.

Aku seorang yang gila curious pasal orang yang aku tak suka. Sebetulnya lagi tak suka, lagi aku curious pasal dia. Lagi aku mahu cari sifat sebenar dia. Dan kenapa aku tak suka dia. Dan aku nak tahu satu benda yang boleh buat aku ngam dengan dia. Dan tak mungkinlah dia hanya punya evil-side dalam diri dia. Mesti ada baiknya.

Macam kau tengok mat rempit. Luaran mereka macam jahat lah, nakal lah. Tapi mak aih, jiwang rupanya. Hatinya bila bercinta sesuci minyak masak murni. Dan sifat berdaya saing dia, semangat dia nak menang masa race hebat. Kira ada juga lah postive value dalam dirinya cuma tak kena tempat lah kot.

Sampai bila kita nak lihat sesuatu itu dalam keadaan jahat sahaja.

Dan aku sedang mencari nilai itu.

Sebab tu aku selalu tersangkut dengan orang aku tak suka. Orang kata ni lumrah. Kau tak suka orang tu, akhir sekali kau akan suka dia juga.

Tapi bukan semua lah.


sekuacikata: Macam keling dah aku ni. :o Aku tersasar lagi dari topik asal nak cerita pasal Hannah Montana. haih sekali lagi!