9/05/09

Kenyang Perut Suka Hati





MIHAS 2009. Terima kasih kerana menjemput aku yang lapar gila badak ni.
Sedap sioott sarang lebah!!

Sebenarnya ni cerita semalam. Tak sempat post sekali.

Aku sekarang sedang menjalani kursus penyambungan fius-fius yang terputus sejak sekian lama dalam kobis kepala ini. Tiga jam di sana, aku rasa kosong. Empat jam di sana, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku tak faham kenapa. Seolah-olah semuanya hilang. Niat aku masih di awang-awangan lagi ke?

Aku cuba ikhlaskan diri ini sepenuhnya.

Akhirnya jiwa ini bukanlah kuat pun, hatinya sensetif. Menitis juga air emosi ini meminta pertolongan dari-Mu di masa tergelincirnya matahari, di masa aku rasa aku betul2 ingin menjadi orang yang baharu. Lenyapkan aku yang lama. Ghaibkan personaliti yang menjadi penghalang kejayaan aku.

Keliling aku ini. Belakang bergelak tawa di masa aku sibuk mencari sesuatu. Tak ada adab betul. Aku datang bukan nak dengar dia kecoh. Apa guna kau bayar mahal2 hanya nak bersembang atau nak cari pasangan hidup atau nak tunjuk cool? Kamonlah.

Aku menyampah bila orang sibuk kata budak tu cute, motivator ini itulah inilah.

Bukan aku kata selama ini aku tak pernah buat begitu. Aku pun kaalu nampak orang kacak sikit walau tak kenal,"uhh tergugat iman". Tapi berpada-pada lah juga.

Kalau setiap saat kau kata benda tu, aku di depan naik bosan.

Aku betul betul nak berubah walau mata hati ini belum dibuka sepenuhnya. Aku cuma harapkan satu transformasi bakal berlaku waima hanya seketul jantung kuman tetapi kesannya untuk selama aku berdiri di muka bumi Allah ini. Bukan sekadar dua tiga atau duapuluhempatjam sahaja.

Jadi jangan rosakkan suasana aku.