6/05/09

Akak Montana Beraksi

Bila semua orang pun rasa kau keji gila, kau hina gila, hodoh gila, bodoh gila, satu perkara baik tentang kau pun orang cuba tak mahu pandang. Seteru di sekeliling bertambah. Dia tertekan katanya semalam. Dan aku kata,”Ohh memang lah kau tension, dah kau buat orang sekeliling kau tension juga”. Dia heran melihat lajunya perubahan sikap orang dan terima kasih kerana buat pengakuan yang aku nantikan,“aku memang nak attack kau and the gang masa spotcheck semalam.” Apa boleh buat. Itu manusia sikit pun takde nilai persahabatan. Mungkin dia perlu tahu. Hati ni sakit gila dengar statement dari dia. Jadi, mengapa tak berjumpa aku muka ke muka dan berkata,”mana handphone kau?”. kenapa perlu melibatkan orang lain dengan buat spotcheck untuk kali kedua? Ah aku tahu alasannya dia ingin menjalankan tanggungjawab yang sebenar.

Tahukah kamu, kalau aku ada mak cikgu kata sana pun, dah lama aku suruh mak aku simpankan handphone aku seperti apa yang dia lakukan.

Aku tahu tanggungjawab ialah tanggungjawab. Aku tahu bawa handphone tu salah. Aku tahu itu dan aku bawa juga. Aku lah salah kan? Tapi, sila kemaskini otak kamu dan baca kepentingan telefon bimbit di sekolah dalam akhbar Metro, Selasa 5Mei2009. OK tak payah lah. Undang undang tetap undang undang. Jadi dengar sahaja penjelasan aku.

1. Aku dengan rela hati dan suka hati bagi kamu rampas kalau aku menggunakan handphone masa pembelajaran.
2. Aku dengan rela hati dan suka hati bagi kamu rampas kalau handphone aku dijadikan kamera penangkap gambar orang tengah buang hajat.
3. aku dengan rela hati dan suka hati bagi kamu rampas kalau handphone aku punya koleksi orang syok layan maksiat.

Dan aku nak kamu tahu yang aku bukan melakukan perkara di atas. Tolong bagi aku satu alasan yang munasabah mengapa lamanya perkara ini menjadi satu beban dalam badan disiplin sekolah?

Undang-undang kan?

Apo-apo jelah labu..

2 bulan yang lepas, Cikgu Ravi kata,”boleh bawa, tapi tak boleh guna.”. aku tak tahu berkuat kuasa lagi ke statement tu. Dan jangan ingat semua pelajar pun macam ketagih gila nak mesej2 masa belajar.

Dan mengenai tanggungjawab, betulkah semata2 atau kononnya dia lakukan semua ini demi tanggungjawab, bukan untuk memperlihatkan dirinya sebagai pengawas yang kononnya berkaliber di mata cikgu2. Ah sudah lah kalau dia mahu kata dia tensi atau sebagainya. Bukan ini satu kejayaan buat kau ke? Dalam masa 2 hari sebagai pemangku, dia dah dapat satu tanggapan yang paling hebat. Orang nak dapat pun kena makan masa. Hang dua hari je. I terharu lah!


Kita sendiri tahu apa yang kita buat semua ada baik dan buruk, semua ada kesan sampingan. Pandai2 lah terima hakikat. Dan tak semestinya bila kita tak suka seseorang, kita kena tunjuk rasa benci depan dia. Apa pun kau nak buat kat aku lepasni, aku tetap anggap kau kawan aku. Dan kalau kau ingat aku talam dua muka, tidak. Kau pun tahu aku tak suka kau. Tapi tak bermakna kita tak boleh kawan kan?


Calu.


Sekuacikata: adakalanya musuh itu sangat penting. dan aku dah lupa niat awal aku nak post pasal Shila dan Farish Aziz berHannah Montana di sekolah aku harini. haih!