4/05/09

Sengal



Semalam agenda aku ke Times Square bergerak ke Pipit wonderful Market menjadi. Ok Alhamdulillah. Aku pergi dengan Harry, Aimy. Event tu tak berapa menarik sangat, ok biasa je. Aku sempat beli beg, button dengan lantern. Masuk wayang tengok si Wolverine pun 30 minit dah berlepas. Tu pun gara2 seorang lelaki menjamu selera dengan penuh gaya seorang puteri. Serius lembap!

Pasal aku menulis untuk hari ini dan semalam, Gabungan kisah dia semacam tak ada kimia. Macam nak buat jus belacan campur Sunkist campur sikit kuning telur campur sikit itu dan ini. Jadi aku kena buat angka-digit-nombor untuk penulisan kali ini.

1. Aku perasan sesuatu, kenapa setiap filem tak pernah terlepas pun satu babak percintaan? Walau ganas mana cerita tu, walau kejam mana pun, walau sepontianak mana pun, mesti ada babak cinta yang terselit kat celah-celah cerita tu. macam dah jadi satu kewajipan. Memang takde cerita yang bebas dari babak cinta ke? Aku nak tahu, sila beritahu.

2. Macam mana pengkid boleh menimbulkan rasa nafsu dengan seorang perempuan? Aku geli tengok diorang berasmara sebelah aku semalam dalam KTM. Peluk, cium, usik2 manja, gedik2. Apa yang dorang nak tunjuk kat aku? Sikit pun aku tak jeles lah wahai kaum sejenis yang merangkul pinggang dan aku tak tahu apasal macam muka orang tengah layan maksiat je korang duduk sebelah aku tu. Tolonglah. Nak buat pergi buat jauh2 lah, pergi buat dekat rumah gelap ke. Kalau bukan depan public, kalau bukan aku ada kesabaran yang tinggi, Kalau bukan aku taknak kau malu, dah lama aku maki hamun kerja terkutuk korang. Tak guna kau wanita berbaju hitam, sorang bajet hensem bajet gentleman, sorang bajet perempuan tulen. Matilah kau nak jadi macam kaum Lut. Aku perasan KTM dah jadi sarang maksiat. Astaghfirullahalazim. Baik naik bas.

3. Mana keistimewaan untuk orang lama? Aku percaya kalau kau dah lama berkhidmat dalam satu organisasi, kau akan dapat keistimewaan yang lebih. Contohnya antara orang yang baharu bekerja selama sebulan, dan engkau yang dah bekerja selama 4 tahun, kau lebih layak memegang jawatan sebagai ketua. Bukan orang yang baharu itu. tak kisah lah samada orang tu dah pegang jawatan penolong ketua sekalipun dalam organisasi lama dia ataupun dia anak kepada majikan, bila dia masuk tempat yang baharu, tolong hormat hak orang yang lama. Siapa peduli pun kalau kau nak cerita yang kau ada jawatan ini jawatan itu DAHULU, adakah sekarang kau masih ada jawatan yang kau agung2kan tu? Tolonglah jangan suka suka ambil hak orang lain, hormat orang yang selayaknya. Fikirlah apa yang mereka rasa. Sakit tahu tak! Dan kalaulah kamu si perampas dapat merasainya. Di mana keadilannya kalau semua orang pun begini? HAH BERGEMBIRALAH DENGAN RAMPASAN KAMU! Aku tahu hati dan perasaan kamu masih kosong.
- Aku cuma kesian kat kawan aku yang setia dengan organisasi yang bagai buta hati tu.





sekuacikata: Doktor, saya perlukan ubat bagi amuk di hati.