16/05/09

Promosi Bibir Menawan



Dah berminggu-minggu si Dawana suruh tolong vote kan dia dalam lipice contest, harini baru aku rajin pergi tengok website tu. Serius gila banyak gambar manusia mempromosikan lipstik jenama lipice tu. Dah berapa page aku bukak, nama denagn gambar dia tak muncul2 pun.

Muka2 yang mempromosikan pun gila lawak kot. Aku tak tahu kenapa. Kau kena tengok sendiri lah. Yang bertudung ke, tak bertudung ke, sama sahaja. Semua sibuk mempromosikan bibir anggun. Ada juga yang nak jadi macam Angelina Jolie, muncung nak 4 ke 5 inci. Yang aku-tak-faham-apa-dia-cuba-lakukan pun ada juga. Lantak kau lah labu. Aku rasa kalau kau buat dengan seikhlas hati, tanpa lebih2, tak fikir menang sangat, mesti ok je gambar kau walaupun tak segah yang bermuka cun atau yang berfotogenic.

Aku perasan yang berbintang besar(maksudnya undian dia banyak) selalunya yang cun-cun je. Tapi kalian semua kena ingat, ini peraduan bibir menawan. Jadi undilah berdasarkan bibir siapa paling OH-OH-HOT, paling besar, paling panjang muncungnya. Haha!

Yang pasti, galeri tu dah boleh jadi tempat cari jodoh. Haha

Aku dah jumpa cik Dawana punya. tapi haduh, aku rasa kalau dia posing macam gambar dalam myspace dia mesti dia lagi cambez. Kan Dawana kan? Tapi ok lah. Aku lagi suka lihat dia depan depan. Sila buka page24 dalam galeri lipice untuk melihat dia//

Eh Sempena Guru’s Day harini. Sebakul terima kasih kepada yang mengajar aku secara langsung atau tidak langsung. Guru bukan sekadar orang yang ajar kau kat sekolah, tadika, universiti, tusyen atau apa jua pusat pengajian. Bibik yang ajar kau masak tu pun boleh dikira sebagai guru juga. Ibu bapa, kawan-kawan dan orang sekeliling kau pun sama. Tapi tulah, kita tak sedar kan yang mereka semua tu pun guru juga?

Aku rasa masuk je sekolah menengah semangat nak menyambut Hari Guru semakin lama semakin pudar. Dulu masa sekolah rendah, semangat dia lain macam. Kalau boleh semua cikgu dalam sekolah pun nak bagi hadiah, nak ucap terima kasih, nak buat apebenda lagi tah. Semangat punya pasal. Masuk je sekolah menengah, jangan kata Hari Guru, Hari Merdeka ke Hari Raya ke, semua pun tak de semangat nak merayaikan kan? Apasal eh.

Aku ingat lagi masa tingkatan 3. Agaknya sibuk sesangat dengan belajar nak PMR, masa hari guru satu kelas pun buat bodo je. Tengok-tengok baru sedar semua orang pun tak kasi hadiah terima kasih kat cikgu kelas. Gila hape, mesti sedih gile oh cikgu tu. Mana tak nya, cikgu kelas lain dapat je hadiah.

Bila dah besar sikit ni, selepas setengah tahun menjadi tingkatan empat, aku fikir-fikir balik. Payah juga jadi cikgu ni. Marah budak, mak bapak serang. Tak marah, pengetua pulak serang. Segala masalah disiplin, guru jadi punca. Jadi, bila dah hari guru ni, sepatutnya orang ramai dapat melihat tugas mulia seorang guru. Bukan hanya tahu meletakkan beban kepada guru. Andaikan guru tiada, maka sekolah pun tidak dapat dibangunkan, begitu juga dengan generasi yang akan menerajui tampuk kepemipinan negara. Kita kena fikirkan dari satu sudut tentang perasaan guru itu sendiri.

Tapi aku tahu, tak semua guru ialah “guru” kan?


sekuacikata: Biar aku beritahu, Johan AF musim ni mesti seorang perempuan. "Dengan duit satu juta saya dah undi akak saya", kata Tomok. Aku tak peduli apapun. Janji Astro kayo! Apepun, Selamat Bertambah Digit Pakcik Nur!