22/05/09

Akhirnya Aku Dapat Rasa Keseronokan Seorang-Seorang

Online seorang-seorang dekat Perfection memang syok! Walaupun ada internet 24jam dekat rumah, online dekat sini jugak paling syok. Aku dah tunggu benda ni selama empat bulan; online di Perfection seorang2 tanpa diganggu. Aku tatahu apasal aku macam teringin sangat. Bila dah dapat pc tu, aku bukak blogger dan aku tekan2 papan kunci macam orang tak pernah dapat pc. Aku memang jakun kan?

Ada benda bila kau buat seorang2 kau akan rasa seronok sangat2. Ada benda bila kau buat seorang2 kau rasa tak bes. Kau masih memerlukan seseorang jadi peneman.

Untuk tempoh beberapa tahun ni, aku banyak berlandaskan seorang2. Aku lebih suka buat kerja seorang2. Sampai satu masa tu, sembang pun boleh seorang2. Aku cakap betul, cakap seorang2 sangat bes. Kau pernah tengok orang gila? Kenapa tiada istilah bosan semasa dia bercakap? Jangan lihat dia sebagai orang gila. Istilah bosan tu tiada pasal segala perbualan itu menepati kemahuan dia. Kau boleh try sembang seorang2. Bagi aku dia buat otak kau bekerja. Kau tanya, kau jawab. Tapi kena control lah.

Aku dekat rumah memang senyap. Aku bercakap bila aku nak sesuatu atau aku nak poyo aku ada banyak fact menarik. Aku tak suka cakap dekat rumah. Aku jadi blur tatahu nak sembang apa. Kadang2 tu bila dah mula aku cakap, aku selalu jadi pembangkang. Jadi aku tak suka. Orang lain pun tak suka agaknya.

Contohnya, orang kata aku tak buat ni, tak buat tu. Aku dengan muka tak bersalah pergi balas balik,"kenapa semua orang suka pandang keburukan? kenapa tak pandang kebaikan yang ada. Semua orang pun macam tu." Lepastu aku senyap dan aku tunggu apa respon. Selalunya tiada respon, dan aku akan blah. Aku memang hampeh. Apa aku fikir selalu terlepas ikut mulut. Lantak kau mahu cakap aku apa.

Aku anak ke4. Aku tak delah rapat sangat dengan abang akak aku. Aku kategori biasa biasa aja. Jadi aku suka seorang2. Aku dah jadi lali denagn hidup seorang2 sampai bosan pun aku tak dapat rasa. Tapi aku tahu aku langsung tak mampu hidup seorang2 kalau untuk selamanya. Aku masih perlukan family, kawan dan semua. Cuma benda tu sedikit sebanyak mematangkan aku, mendidik aku berdikari, mengajar aku yang tak semua perkara orang mahu kekal bersama dengan kita. Patutlah ada orang kata,"kawan gelak ramai, kawan sedih hampeh takde."

Macam aku cakap tadi. Ada benda kita seronok lakukan seorang2. Kita mahukan persendirian itu. Nak rasa kepuasan betul2 tanpa kacau bilau ragam manusia. Ada benda kita rasa tak bes seorang2. Macam nak celebrate raya ke thaipusam ke, kau seronok ke buat seorang2? Mungkin akan ada rasa bosan. Bosan pula lahir dari rasa sunyi. Tapi kalau tak ada sunyi, tak ada lah kau nak perlukan kawan. Betul tak? Jadi benda tu sama2 penting, sama bekerjasama dalam mewarnai hidup.



s/k, aku rasa macam sikit berterabur entri ni. Dengan muka ala2 macam Siti Nurhaliza, aku nak buat gaya Amir Raja Lawak dan cakap "sorryyyy!" kat kau orang. Haha