17/05/09

Sangkaan Meleset



Aku semalam tengok acara kemuncak AF sipi sipi aje. Balik dari ambil ibu belajar buat kapkek, pergi makan dan balik rumah dan bukak Ria, masa itu Aril sedang dikritik.

Blablabla muka dia gila suci dan aku rasa asset mahal dia tang mata kot. Mata dia sepet dan aku tak minat pun. Apasal semua orang tergila kan dia? Dia kacak kut, dan aku suka tengok perempuan tergilakan seorang lelaki. Kau kena baca forum2 yang berkenaan dengan Aril, lawak sangat sangat. Macam mengimbas kembali nostalgia lama aku, orang dok kutuk2 si dia pun, aku tetap macam orang gila dok habaq dia terbaik dan tah pape bagai lagi. Tergila-gila punya pasal. :)

Melalui firasat serba boleh aku ini(poyo haha), aku percaya, Aril jadi juara atau tidak, dia mesti laku punya pasal mungkin dia pandai mempromosikan diri dia. Mungkin dia jadi model mangga, mungkin dia jadi pelakon. Ok Yazid pula, aku-tak-faham-apa-dia-cuba-lakukan atas pentas. Bagi aku, kalau kau dah sampai satu tahap yang betul2 dia atas, kau patutnya ada satu tanggungjawab untuk buat yang terbaik dan terbaik. Tapi sayang, apa dia cuba lakukan tak buat aku rasa teruja nak menonton AF lagi. Ini Isma, kalau pun dia jadi juara, dia takkan se-gah si Aril dan Akim. Mungkin boleh bertahan sekejap sahaja kot. Dia tiada factor XYZ yang aku cari2 selama ini. Sorrylah aunty Isma, I baru batalkan kontrak nak jadi produser U. Hehe. Dan Hafiz pula, akan jadi macam Amylea AF3. Terbaik dan terbaik dan terbaik tapi macam kurang cerita tentang dia. Apepun, tahniah untuk dia kerana berjaya mengalahkan undian Tomok untuk kakak dia. Haha. Bedal sudah.

Sebetulnya, mereka ini yang kununnya dah pun bergelar bintang perlukan nilai berdikari itu sendiri jika mahu terus popular, terus dikenali, terus digilai, terus itu, terus ini. Lainlah kalau mereka itu Mawi. Suara tak sedap pun boleh menang gila gila. Apa aura sangat hebat dia pun aku tak tahu. Mungkin ini rezeki dia. Jadi aku tak mahu komen panjang.

Bila dah tujuh tahun aku tengok AF, makin lama, makin aku tak faham dengan AF. Aku rasa dulu rancangan ni gah lah juga. Masa yang kedua punya. Tapi sekarang macam hape tak best langsung dia punya final. Dan sejujurnya aku rasa mereka dah kehabisan idea. Masa AC Mizal mengacarakan AF semalam dah jadi macam satu adegan dalam cerita MMA. Bosan gila. Tah lah dirancang, macam takde unsur terkejut. Tapi sebagai penghargaan, aku akan cuba gelak juga. Ha-Ha-Ha. Eh korang dengar tak suara chipmunk yang bejet comel tapi tak comel itu. Dia pokpek2 takde tujuan, hanya tahu mencari publisiti orang lain. Bosan, gila.

Dan aku tak suka setiap kali AC Mizal macam salahkan mereka2 yang tak undi pelajar tu sehingga tersingkir. wadefak. Pakcik AC pun tahu kan kalau undi banyak2 ke undi sikit2 ke, kalau tulang2 belakang AF ni nak singkirkan, singkir tetap singkir. Tapi ada pulak dah makcik ni rasa bersalah bila ada orang ni tersingkir, pastu menangis. Gila-sedih! Haih “Jari menjadi juri” itu hanya statement untuk mengkayokan lagi Astro dan pihak2 yang lain. Sedar, semua reality show sama aje. Sudah-lah-aku-bosan.


Kan bagus kalau setiap kali aku undi, duit masuk balik kat aku. **Kalau jadi macam ni, jangan kata setiap hari, setiap detik pun aku sanggup pergi undi. :p