29/08/09

Cas Negatif

Kenapa kita suka sangat bermegah dengan cas negatif kita?

Aku tak ambil contoh lain. Aku sendiri pun macam tu. Dan aku rasa semua orang pun pernah macam tu juga. Jangan tipu ok.

Kadang2 aku rasa bodoh juga. Macam bukan buka je kali ini, ni dah tahap tayang pekung di dada. Tak senonoh betul. Itu pun boleh lagi bangga dan ketawa berdekah-dekah. Astaghfirullahal’azim.

Orang kita ni kalau kau perasan lah, lebih suka berbangga dengan kejahatan daripada kebaikan. Tapi kalau pakai logik lah, sayogia orang lebih berbangga dengan kebaikan , ini vice versa pulak.

Cerita orang macam ni selalunya bersifat menunjuk-nunjuk. Kalau ada tayangan filem, mahu aja dia tunjuk. Tapi sorylah kan, benda jahat macam tu selalu dilakukan spontan aja. Tak ada rakaman dalaman dan luaran pun. Takkan nak mencuri pun kena rakam kot ?

Cerita orang macam ni selalunya dia bajet orang akan kata “FUYOH!” “WUYOH!” dan apa2 aja yang mampu buat pendengar tu terkesima kejap. Konon hebat lah kan. Orang lain tak berani buat, kau berani. Hebat Hebat.

Cerita orang macam ni selalunya dia suka buat orang tak jangka dia lakukan benda tu. Contoh, lelaki A seorang yang baik dan rekod kebaikan dia sentiasa cemerlang lah. Tapi itu dahulu. Kini, tak sangka dia boleh bakar sekolah dia. Masa tu mungkin ada pendengar yang akan kata,”tak percaya aku, kau…”. Kemudian orang macam tu akan sengih2 kambing. Misi dah berjaya katanya.

Cerita orang macam ni selalunya dia akan jadikan kejahatan dia lakukan tu satu bahan lawak. Kira bila orang dengar orang boleh gelak lah. Masalahnya lawak ke? Alahai selalunya pun orang itu yang akan gelak dahulu, baru si pendengar join gelak sekali. Yang join gelak pun entah2 gelak kasihan aja.

Cerita orang macam ni selalunya part klimaks dia masa pendengar akan kata, “Gila teruk kau.”. Penyataan tu seolah-olah suatu yang ditunggu-tunggu. Kira macam anugerah lah. Lepas dapat anugerah, lagi bersemangat dia mahu cerita.

Sebenarnya, hebat sangat ke cerita kau dah berani kenakan cikgu, hebat sangat ke kau dah berani ponteng kelas seminggu? Mungkin hebat masa tengah bercerita. Al-maklumlah cerita baru keluar ketuhar. Panas kot. Tapi cuba kalau terkena balik dengan orang yang serius, tiba-tiba dia kata, “Kau ingat hebat sangat ke?”. Takpun andai kata yang cakap tu orang yang engkau admire, mesti malu gila kan. Kadang-kadang tu ada benda yang tak hebat dikatakan hebat, benda yang hebat pula yang selalu direndah-rendahkan.

Aku mengaku dalam rutin hidup aku, aku banyak buat benda ni. Makin hari, makin lali. Makin lali, makin suka. Makin suka, makin nak buat lagi dasyat dan seterusnya. Sampaikan kalau orang suruh huraikan tentang aku, aku lagi suka menyebut tentang negatif aku. Perkataan Nakal tu seolah-olah nak aja dijadikan makhkota. Yelah, kadang-kadang ada rasa seronok kan bila orang kenal kita dengan sesuatu yang nakal, bukan jahat.

Kita ambil contoh lah, orang kita ni kebanyakannya bila diberi pujian seolah-olah macam nak tak nak je. Bila orang kata “rajin”, “baik” dan apa bagai lagi, kita macam nak suruh dia diam. Malu lah apa lah. Tapi cuba kalau diberi hinaan macam “mereng” lah,”jahat” lah, tahu pula tak malu. Boleh senyum2 macam nak mintak hinaan lagi aja. Benda ni kononnya lawak. Lawak lah sangat kan? Andai aja lah kamu orang tahu, setiap perkataan itu merupakan doa, mesti kau nak dia stop hina kau macam tu.

Ok, seriusli, kalau aku, aku tak mahu pun orang kenal aku dengan sesuatu yang negatif. Aku pun nak orang kenal aku sebagai Tokoh Pelajar ke, Pelajar paling rajin ke. Ni balik-balik Pelajar Paling Lalok. Ok sudah, aku memang kaki tido.

Bai.