30/03/11

Jangan jadi lalang

Salam sejahtera.

Jadi apa perkembangan terbaru anda? Makin sihat, makin ekzaited,makin matang? Seorang aku belum punya lagi kesemua rasa sedemikian, cukup dengan kalimah Alhamdulillah untuk masa masa yang ada. Mungkin sebab aku dah mula bosan nak layan laman laman sesawang yang sekarang boleh kata Fb pun dah rupe macam twitter, myspace dah rupe macam Fb. Makin lama, servis makin hampeh. Very well, I hope you guys are under Allah’s protection as always. Sekarang macam macam boleh berlaku, surat khabar bukan lagi siaran sukacita tetapi lebih dukacita dan seramcita. Jaga diri, jaga nama, jaga maruah.

Bila dah selesai keluar keputusan SPM, topik lagi mendidih mesti lah biasiswa. Memang banyak biasiswa yang ditawarkan dan memang banyak orang yang mohon. Tapi, aku heran dengan sesetengah orang. Mohon biasiswa membabi buta. Asal ada sebut biasiswa, main rembat je mohon. Aku pun desperate biasiswa la, bratha. Tapi, toksah lah menggila pergi mohon segala. Padahal kursus yang ditawarkan langsung tak memenuhi perisa asli kau.

Memang tak salah mohon banyak banyak. Dari aspek akademik, ya memang ada 9k calon SPM 2010 layak nak memohon secara membabi buta. Keputusan dah chaiya lah katakan. Kalau yang banyak tu memang kursus yang kau tahu kau akan suka untuk lakukan, baguslah. Tapi, kalau pilih kursus secara rawak atau patut aku cakap membabi buta, tak payah lah weh sebab belum tentu kau akan suka dengan apa yang kau akan lakukan. Memang, kau mungkin akan lulus temuduga tapi aku tak pasti kau akan puas hati tak dengan apa yang kau dah capai tu. Kuantiti tak bawa makna kepada kualiti. Langsung.

Apa salahnya kalau kau betul betul buat keputusan yang jitu arah mana kau nak masuk, arah mana kau nak tuju. Jangan jadi macam orang naik keretapi, tapi tak tahu trek apa keretapi tu lalu. Memang sampai ke sudah pun kau akan prektis kaedah buang masa dan tenaga yang langsung tak bawa bahagia. Tak payah lah hang dok sebut pasal just go with the flow. Bukan masanya weh. Sebab tu ramai yang kantoi masa belajar walaupun atas nama budak SBP, MRSM. Sekadar atas nama.

Cara terbaik untuk kau tahu kursus apa kau patut masuk ialah dengan tahu kerjaya apa yang kau mahukan. Yes, kerjaya bukan kerja. Tu dua perkataan yang orang selalu salah maksud. Kerjaya ialah benda yang kau tahu kau akan sukaria bila buat. Kerja, mungkin sukaria bila akhir bulan sahaja mungkin? Sepatutnya masa masa terluang macam ni, bukak balik buku biodata masa kecik kecik, ada satu pengisian untuk cita-cita. (Padahal masa kecik kecik skop kerja sangat tipis. Balik balik cikgu, balik balik polis. Okay, tak boleh pakai sangat buku tu.) Atau tanya diri sendiri apa kau nak jadi. Kalau kau boleh sebut kau tak mahu jadi cleaner bila besar, takkan kau tak boleh sebut apa kau mahu jadi. “Manusia berguna… Manusia berjaya...” Ya, berguna dari segi apa, berjaya dari aspek mana? You know yourself better than others. Seminit dua soal jawab diri bukan lama beb. Okay, kalau dah pecah otak sangat, buat solat istikharah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kau.

Jadi, apa aku nak cakap ialah dari korang enjoy dengan poket penuh hasil biasiswa, baik korang bagi dekat orang yang betul betul memerlukan. Kalaupun korang rasa layak, tapi kalau dah boleh jangka korang tak akan suka denagn kursus kursus yang ditawarkan, baik let it go. Jangan hidup suka tamak sampai boleh jadi penindasan cita cita murni orang lain.

Akhir kata, aku ada petik kata kata dari anon.
"The secret of life is not to do what you like but to like what you do"

Dah, selamat maju jaya.