24/03/11

Rasa semasa

Apa yang kau akan buat selepas dapat keputusan SPM?

Dah , dah. Lambat do. Mesti lah korang akan pergi ke mana mana laman sesawang dan klik semua tawaran biasiswa(walaupun banyaknya samada kau disqualified atau pun kau memang memilih). Aku tengok banyak gila scholarship, tapi yang kena dengan selera aku boleh cakap sekelingking je. Walaupun alasan sebenarnya kau boleh tengok dekat kurungan yang aku buat sebentar tadi.

Apa yang kau akan buat selepas muat turun borang tawaran biasiswa?

Dah, dah. Lambat do. Mesti lah isi dengan penuh ikhlas lagi jujur. Dan satu karangan panjang yang menguji akal minda. Serius aku da berzaman tak tulis esei(do blog ni apa? Blog ni catatan harian aka diari peribadi lah sangat), aku mampu buat sampai 87/500 perkataan je. Betapa aku kena bukak balik buku contoh contoh karangan upsr, dalam tu banyak kisah autobiografi. Ah dah la, dia tak tulis pun kalau tulis kurang kena tolak markah. Atau, ke terus disqualified?? YEAH ni yang nak sangat dengar ni.

Okay.

Sebenarnya post aku kali ni tak ada kena mengena dengan scholarship mahupun result aku. Tu macam hiasan hiasan duniawi sehidung hidungnya yang boleh buat aku puas hati kononnnya aku tulis banyak gila. Aku cuma nak bagitahu aku tak suka kalau orang ingat aku bapak belagak poyo gila duduk kat Jepun. Atau orang yang ingat aku akan masuk U dekat Jepun pasal aku duduk Jepun. Atau orang yang kaitkan aku dengan tsunami atau earthquake atau nuclear radiation. Kau apahal do? Aku rasa kau sakit teruk, deria rasa kau nazak, atau mungkin kau cemburu butapekakbisu, perlu untuk kau berlari jumpa pakar, jangan sampai bom Gadaffi kena kat kau sudah la. Aku belum kategorikan kau sebagai terrorist, kau selamat-untuk masa sekarang. Pahe dok?

Okay. Selamat malam. Nampaknya aku terpengaruh dengan sesuatu yang adjektif kali ini. Sakai.