14/03/11

Katunis Malaysia tak cukup sivik?

Terima kasih kalau ada yang tergelak, sekurang kurangnya karikatur yang dihasilkan oleh insan yang bernama Zoy tu tak lah malu sangat bila ada orang boleh lagi ingat benda tu benda lawak.

Bro, serius kau tak tahu tengok jam bila nak buat lawak, bila nak kena serius. Tapi, apasal semua serang Zoy je, yang ketua pengarang pun tak kan tak reti imbas imbas mana mana konten dalam akhbar sebelum publish. Aiseh, korang memang memalukan Malaysia and tahniah do dah masuk CNN.

Anyway, aku tak ada masa nak ulang benda yang sama dua kali. Just in case kalau ada orang yang tak baca surat khabar berita harian ke apa, boleh rujuk mana mana web yang terlintas di ingatan anda untuk tahu lebih lanjut macamana cerita ultraman-boleh-lari-dari-tsunami boleh buat orang gelak.

Hari sabtu selepas gempa bumi berlaku semalamnya, aku turun Shinjuku. Sebab tu jugak lah aku boleh tulis entri macam yang aku dah poskan kat bawah ni. Macam mana rasanya nigiyaka-na town boleh tukar jadi shizuka-na town dalam berkelip kelip mata. Mungkin sebab keretapi baru boleh beroperasi seperti biasa(tak berapa nak biasa sebenarnya sebab dah mula lembap, tapi tak selembap negara sendiri) pagi tu, jadi orang yang terkandas dekat stesen keretapi malam jumaat tu semua pakat balik rumah pagi tu.

Bercakap pasal hari ini punya perjalanan keretapi, ada banyak jugak keretapi yang tak akan beroperasi. dan kebanyakan sekolah, pejabat, kedai semua kasi bungkus.

Tapi tak mengapa, aku sempat jumpa satu kedai makan yang halal dekat situ. Dan kau tahu jelah betapa heavennya kalau dapat cari kedai makan halal dekat Tokyo ni. Ni statement bangga ke banghagia?

Kedai yang aku nak cakap ni nama dia Grand Indian Darjeeling, ya sila klik untuk tahu alamat. Apa aku boleh cakap, makanan dia memang sedap dan boleh tahan murah(aku bab makanan memang tak tipu, jadi percayalah dengan seluruh jiwa raga anda).

Set Lunch ada dua. Set A: 895yen untuk nan/nasi bersama dua kari, satu salad. set B: 995yen untuk nan/nasi bersama 3 kari, satu salad. Kari dia boleh pilih lah macam biasa dan selalunya memang ada pilihan macam keema, mutton, chicken dan curry of the day(selalunya ada dua pilihan). Dan nan boleh kasi top up.

(Kualiti kamera phone memang tak dapat dipertikaikan lagi. Ni petanda kena tukar sony TX10 ka?)

So, ini je untuk hari ini. Tengok berita hari ini, teringat dulu dulu belajar biologi bab akhir sekali tingkatan 5 ada sebut radiasi nuklear boleh bawa kepada kanser, rambut gugur, muntah berdarah dan apa bagai lagi yang ekstrem. Astaghfirullahalzim, mintak dijauhkan. Kerajaan sini pun dah galakkan pakai mask KALAU NAK KELUAR RUMAH dan sentiasa tutup tingkap rumah.