12/03/11

Your duas can change the world

Assalamualaikum dan yo,

Alhamdulillah, walaupun dapat tengok bangunan semua pakat joget, dapat menikmati pening macam disko kejap, dapat tahu that hari semalam hari Jumaat, dapat dengar gelas gelas moving, Alhamdulillah we are safe. Most Malaysians kat sini pun masih dalam lindungan Allah s.a.w.

Bercakap tentang earthquake semalam, tsunami betul betul dah pulang negara asal dia. Aku tak tahu samada I was lucky enough atau apa. First experience dan dah tu paling ganas pulak dalam sejarah Jepang. 8.9 magnitude, bhai. Dulu masa 2004, 9.1 magnitude. Plus, this earthquake 8,000 ganda kuat dari yang kena Christchurch last month. Cuak tak cuak la kan.

Masa aftershock tu, aku kat toilet. Dah tu apa je aku boleh fikir. Aku yang menggigil sebab kena air sejuk ke atau the earth was dancing. Lama aku fikir. Then bila aku dah nampak air kat toilet bowl tu macam seram gile melompat lompat, mop tu swing sana sini, aku cepat cepat keluar. Then, aku nampak ibu dah stay bawah meja baru aku tahu okay this is earthquake macam yang Apriyani-san cakap hari khamis hari tu attacked rumah dia. Tapi aku rasa, dia punya lagi terasa kot, dia 13th floor and aku first floor. Lagi berzapin ah barang barang rumah dia.

Lepas aftershock, ibu pergi ambil Aisyah dekat sekolah. So, aku stay dekat rumah sorang sorang. Aku ingat dah habis la kan. On je la lappy, surfing internet. Buat slumber badak. Tengok tengok lagi lah banyak earthquake serang. Earthquake pulak jenis nak kasi heart attck. Kejap ada, kejap tak ada. Bila dah sorang sorang macamtu baru nak cuak kebabom. Macam that day was the end of the world. Terkenang ah dosa segala dosa, mak aku yang pergi ambik adik aku, bapak aku yang tak balik balik kerja, result spm(?). Nak call pun semua connection dah shut down masa tu. So, amik ipod stay bawah meja, berdoa segala sambil chat dengan Paksu, Najwa, Farah and Hanis.

Orang kat luar dah buat announcement yang memang sikit pun tak faham. Ambulance and helicopter dah pusing pusing satu Tokyo. Ada bangunan terbakar and aku dengar Tokyo Tower dah jadi menara Pisa? Kalau tengok bangunan dari tingkat atas memang serius macam bangunan made up of jelly. Joget berzapin kiri kanan. Aku dah terfikir nak blah dari rumah je bila fikir benda benda ni.

Dah berapa jam, baru ibu balik. Kereta memang pack macam sardine as public transportation semua kena shut down lagi lagi train. Ramai la orang yang kena jogging balik rumah. Macam marathon! Nasib la aku tak pergi berfoya foya semalam dekat Shibuya. Memang tak tahu lah macamana aku nak balik jalan kaki nanti. Aisyah cerita budak sekolah dia semua nangis. Embassy start calling. Semua jadi gelabah. Family dekat Malaysia lagi lah betapa extra risau. Luckily, ada skype do. So, dapat bagitahu yang kitorang sangat selamat dekat sini. Atuk dah mula risau sebab dia nak datang sini lagi 2 minggu. Geng sekolah lagi, aku pun tak tahu government kasi korang pegi Jepun tak after this tragedic event.

Ikut CNN, memang seram doh Jepun. Lagi lagi north area. Jalan retak, bridge tercabut, factory terbakar, orang mati and the worst part is tsunami going to singgah over 50 countries! Economy in Japan really kena makan cost yang tinggi nak fix semua ni. Well for more info, please click BBC or CNN. Memang banyak gile gossip yang berilmiah kat sana. Kalau aku cerita 2x benda sama, it’s redundant kan?

Wait, aku tengok tv Jepun, so obviously got the latest news la kan but I don’t understand much what they said about this country. HEMM Ruginye alahai do.

Anyway, aku rasa bangunan Jepun agak selamat sebab dia almost made up of benda benda soft, bukan macam rumah yang sekali harung semua batu do, memang tak la kan. So, kalau bangunan tu ranap ke hape, ada potensi orang still hidup lagi. Lagipun kalau nak ikutkan, 8.9 bukan sikit. Kalau tak built betul betul kasi kuat, memang boleh ranap even magnitude sikit. Bak kata bapak aku Jepun really prepared for earthquake after dorang kena kat Kobe dulu. Earthquake class pun dah bersepah. Cuma, kuasa tuhan mana boleh halang. Semua ada hikmah kan. Jadi, kesempatan ni, elok kita muhasabah diri apa yang patut, sama sama mintak Allah buka mata kita kasi luas sikit macam Heliza Helmi. Biar kasi constant jangan boleh tahan dua tiga bulan je.





Terima kasih kepada semua specially family and facebookmates yang terus menerus berdoa and support untuk dunia. Semoga Allah dapat membalas jasa kamu semua. InsyaAllah everything will be okay under Allah’s protection.

Assalamualaikum :D