3/04/11

Today's journal III

"When you are grateful fear disappears and abundance appears", Anthony Robbins

Sepanjang masa masa yang diberikan, Alhamdulillah. Bersyukur masih dikurniakan kesemua pancaindera untuk menikmati setiap bait keindahan alam, manusia dan makhluk ciptaan Allah. Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, lidah untuk merasa dan kulit untuk menyentuh. Alhamdulillah.

4 bulan di Tokyo, bukan apa yang sahaja. Masa yang aku letakkan dalam kotak metamorfosis yang dahagakan evolusi. Dah 17 tahun menghirup udara pinjaman. Kadang kala kotor, busuk dan caci maki. Kadang kala bersih, nyaman, jarang sekali ucap syukur.

Pulang Malaysia? Alhamdulillah, sekurang kurangnya ada tanah air. Tinggalkan Jepun? Alhamdulillah, sekurang kurangnya dah pernah jejak. Flea market tak bukak? Alhamdulillah, sekurang kurangnya duit selamat. Terserempak lelaki kacak? Alhamdulillah, sekurang kurangnya anime tak tipu. Basuh pinggan? Alhamdulillah, sekurang kurangnya tu tanda baru selesai menjamu selera. Lapar? Alhamdulillah, sekurang kurangnya selalu kenyang. Duit sikit? Alhamdulillah, sekurang kurangnya membantu pendapatan orang lain. Tak dapat A lurus? Alhamdulillah, sekurang kurangnya ada usaha.


Ajar aku untuk bersyukur dengan benda silap dan remeh, aku nak berhenti menyesal.