19/04/11

Selepas seminggu bernafas

Aku ambil masa seminggu untuk tulis balik post ni. Mungkin kalau aku tulis seminggu tu kau akan nampak aku balik balik complain, complain, complain. Sekarang dah lepak chillex sikit, baru boleh tulis ikut rasa akal.

Seminggu merasa panas satu Malaysia. Tak banyak benda poyo aku dah buat. Tak ada lah, kalau nak keluar rumah tu, aku upah orang kipas kipas kan aku. Tak ada lah, kalau nak masuk public toilet tu, aku nak jamban yang ada banyak buttons. Tak ada lah, kalau nak pergi mana mana tu, aku nak naik KTM yang serupa ERL. (Woi setakat ni aku rasa ERL paling punctual, tak boleh kutuk dah) No No No, I takdelah poyo sangat yo walaupun ada niat nak semua tu.

Memang betul banyak perubahan akan kau rasa kalau kau datang dari comfort zone dan nak beralih ke discomfort zone, walaupun kau pernah merasa discomfort zone tu bagaimana. Serupa macam mat saleh kena stay kampung. Balik balik main sep sep. Serupa macam budak chicken chop kena makan belacan. Serupa macam budak celah ketiak mak kena pergi hostel. Samada kau nak rasa perubahan tu sesuatu yang baik atau tak, samada nak bersyukur atau nak maki. Terpulang. Kita mungkin paling banyak sedar bila beranjakan dari comfort zone ke discomfort zone, sebab masa tu kita akan berfikir panjang, baru tahu erti kesyukuran. Jarang orang berfikir bila dah beranjakan discomfort ke comfort zone. Sebab kita bukan mudah bersyukur. Ye, aku lah tu.

Dan dalam banyak banyak perubahan tu kau sendiri akan rasa macam nak bandingkan je, tak bandingkan rasa tak puas hati pulak. Bukan pasal nak mempoyokan diri atau nak sangat nampak kau ni berasal dari kampung senang lenang. Tidak sama sekali. Kadang kadang orang yang buat macam tu ada je orang kata gedik, bajet, poyo. Yes, aku pun kutuk dorang apa. Tapi lama-lama aku rasa setiap apa orang buat mesti ada sebab kenapa dia perlu membandingkan, samada dia jujur atau tak, samada dia tahu apa dia cakap ke tak, wallahualam. Yang tak tak tahu apa dia cakap tu, yang macam nak mintak pelempang 90 darjah. Ada ke bandingkan durian dengan cheese cake? Ada ke bandingkan belacan dengan jem strawberry. Okay, tu bandingkan ke samakan?

Memang betul, membandingkan banyak banyak memang nampak serius menyampah. Macam adat petandingan, sekarang ada adat perbandingan. Salah satu mesti jadi winner dan not-totally-loser. Biasaq la tu,, Tapi bukan semua perbandingan cari pelempang kan? Ada sesetengah perbandingan daripada asas yang boleh pakai dan mungkin hanya minority yang memahami. Dan sesetengah perbandingan boleh jadi satu motivation untuk terus mengorak langkah ke hadapan. Tak salah kan. Yang penting cara orang tu menyampaikan dan menjelaskan sesuatu perbandingan yang membezakan respons orang ramai. Kalau bajet nak sindir je, memang menyampah la woi.

Jadi, berbalik kepada diri sendiri. Serius, kalau nak bandingkan Jepun dengan Malaysia, you know very well siapa johan siapa zizan. Tak perlu aku cakap lagi. Amazing internet connection, amazing people, amazing services, amazing places, amazing culture, amazing country, what else can I say? Memang kalau boleh nak je taroh amazing hiro mizushima, amazing takuya kimura, amazing ikuta toma. Haha tapi karang aku over cakap aku gedik. Amende lah kome ni.

Memang Malaysia masih jauh lagi nak beranjakan, tapi tak mustahil Malaysia boleh jadi seperti negara negara kelas pertama. Sebab tu wujud wawasan 2020. Sekarang pun penuh dengan cendekiawan, bersepah-sepah. Tak kan lah, dalam banyak banyak cendekiawan tu sorang pun tak mampu mengubah Malaysia. Lagi pelik kan. Apa guna 9k orang straight A’s. Haha

Macam mana pun, apa yang penting kita sendiri kena berubah. Aku, kau, kita, semua. Kalau diri sendiri pun tak boleh berubah, tak payah lah nak mengaharap satu komuniti nak berubah, lepastu main tunjuk tunjuk bila negara banyak masalah. It’s not about the country itself, it’s about the people in the country.