25/10/08

si semut dalam dunia gajah

perjalanan membosankan dalam dunia myspace buat aku tercari2 blog untuk di baca.


'hebat!' aku suke blog engkau wahai insaninsan berseni. yerh sedikit jeles dengan engkau sebab aku tak sehebat kau memuntahkan idea. aku mengidam mahu tulis macam kau. tidak berbunga tidak berpuitis tapi cukup sekadar kehebatan engkau bersuara buat aku rasa kecil si mentah baru cubacuba sukasuka dalam bidang penulisan.

*sebakul rasa 'malu!'*


yerh aku memang reality sangat tidak hebat menulis. subjek bahasa aku macam ayam. tidak sehebat wong peggy mengarang kisah. err secara luhurnya aku tak heran penulisan bak karayawan novel beliau. langsung tidak walaupun hebat meyh di mata kanniga. amaran! ini bukan ayat tidak puas hati.


percubaan sebagai blogger buat aku ingin mencurahkan segala pendapat? idea? isihati? ketidakpuasanhati? tak tahu la deh! aku sukasuka cerita walaupun sometimes aku kena mengaku jua ia agak 'empty!' haha.


kosong tetap menawan bukan?


dan situasi aku: bayangkan sahaja seperti semut dalam dunia gajah. pergh!