17/06/10

Agak-agak ini ke yang Kak Milah rasa

Kak Milah pernah cakap kat aku. 17 ialah usia kehilangan. Masa tu aku 12 tahun, aku tak berapa faham. Kak Milah cuba terangkan. kak Milah memang baik. 17 tu masanya ada benda yang sepatutnya begitu tak jadi begitu. Aku fikir mungkin sekarang ni aku pendek, bila usia aku 17 pendek aku hilang. Atau mungkin sekarang aku ada perasaan dengan Jonet Dusun, bila usia aku 17 rasa tu akan hilang. Eh seronok, seronok tu. Si Jonet tu bukan kacak bergaya sangat macam Megat Mentol.

Tup tup tup tup

Tahun ni aku dah 17. Megat Mentol dah jadi milik aku. Tinggi aku dah boleh kalahkan sikit Norin Ketot. Sampaikan si Norin Ketot tu terpaksa tukar kasut tumit tinggi setiap kali jalan sebelah aku. Tapi aku perasan, aku mula hilang perasaan nak berfoya-foya secara ekses. Entah lah kenapa. Cuti 2 minggu ni pun terasa sehari je aku berhuha huha. Entahlah......

kak Milah kata tu memang natural feeling kalau nak SPM. hehh?

11/06/10

Menu Utama Dari Wilmington

Aku tak pernah tahu kalau lagu oleh The Spinto Band berpuaka. Tapi ada satu masa, aku perlukan pagi yang Spinto dan malam yang Spinto. Analoginya begini. Aku ibarat pokok yang menyerap CarbonSpinto(CS₂) dan menghembus Oxygensmile(O₄S⁻) yang indah. Jadi(konon-konon make non) bilanya mahu lihat aku tersenyum seorang bila telinga aku disaji lagu buatan Spinto yang sumpah cool.



Dan pstt, aku mahu superhiro aku jadi Nick Krill yang bisa alunkan aku sejuta lagu Spinto tanpa bosan. Ah nak jugak nak jugak. Magis cinta mesti bisa bukan? Tu pun kalau aku dapat Nick Krill. Cuba kalau aku dapat Nick Kering, ceh ceh ceh

10/06/10

Sesipi Introduksi

Aku rasa aku orang yang suka bikin introduksi dan matikan tengah tengahnya supaya aku tak perlu tahu apa endingnya.

Atau, aku ini orang yang buat sesuatu untuk visual semua.

Atau, aku ini orang yang sesuka hati mematikan apa yang pernah aku usahakan.

Atau, aku punya inferior yang kronik lalu aku mematikan apa yang pernah aku usahakan.

Atau, aku selama ini buat sesuatu untuk kepuasan orang lain.

Atau, sekolah berkurung buat aku malas hapdet blog segala.

Ah aku rasa dah cukup bukti kenapa aku matikan dan hidupkan semula blog ini. Aku kata ini namanya complacency work. Hehhhh. Apa-apa je lah. Aku takkan kata aku tinggalkan blog hanya untuk SPM. Gila lame reason weh. Aku rasa takkan aku perlu menulis dalam kondisi plastik for others satisfied. Baik matikan dan hidupkan bila perlu. Itu lebih baik dari aku menulis macam kambing meneran. Teran gila gila, keluar sipi sipi. Zzz

I AM BACK WITH NEW BATTERY [+ -]

27/05/10

Rambut Sama Hitam Hati Lain Lain


Aku tak pernah tahu kalau apa ada pada mereka akan jadi apa ada pada aku,
Tapi aku tahu kalau apa ada pada aku tak akan jadi apa ada pada mereka.

Be Yourself, kerana kita ini lebih berharga daripada fikiran mereka.


1458,
Pinggiran musolla sambil menunggu gerabak bawaku pulang

7/12/09

True Friend, 1:infinity

Manusia yang aku angkat jadi teman,
bukan bangsawan, bukan anak sultan
mahupun seniman jalanan,
sekadar orang kebanyakan
yang aku, dia, mereka, ENGKAU sama

Manusia yang aku angkat jadi teman,
perosak, pemusnah dalam sepi,
Pejak, pejak makhluk naif
Mulia di belahan badan cuma.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Peniru profesional,
Bukan atas dasar kefahaman,
Selain butuh dengan pujian,
Menjadi hamba trend kontemporari.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Kulit Melayu, telan belacan,
Laku bak American Next Top Model,
Membuka apa sahaja dipanggil mahkota,
Kerana "seksi" itu persis anugerah,
Yang dipandang mulia si jahil lagi tolol.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Guna kuasa seorang wanita,
Merapuh satu satu laki bodoh,
Sedang hati sudah bertuan.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Membenih pohon diskriminasi,
Sisterhood lah konon,
Wanita dibuli,
Tulikan telinga, simpan tenaga.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Bagai menghakimi buku dari luar,
Diam membisu, belum tentu pemalu,
Apa kau melayan hanya bernama lelaki?

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Yang aku gelar kawan,
Sahabat lah konon,
Boleh pergi mampus ke dunia haiwan.

Dari jamban ke atas katil,
Rawang.
1215pm

2/12/09

Another story about Blackbird Fly

Tunggu tahap gaban,
Without teh secawan,
Bukan tunggu kawan,
Bukan tunggu lawan,
Mahupun action kamen,
Aku assume kau kan,
lebih dari kawan,
Kalau tengok jam pukul 2:58,
Tidak aku da nyenyak dalam buaian,
Tapi apa kau berikan,
Mesej kosong zero, memang pelik lah kan,
Kau tu onlain,
Kau ingat aku mainan,
Tak punya perasaan,
Tunggu macam hape, ini diberikan?
Dah laa, sayang konon,
Benci katakan,
Tak perlu aku susah susah fikirkan,
Takpe, aku assume kau sedang bizi layan teman.
Dan aku tak diperlukan.

Huh.

Aku memang tak marah, kau tahu kan?

21/11/09

Blackbird Fly

Kalau objek yang kau kata solid itu
Yang kalau aku campak
Mampu punah badan badan kompaknya
Syukur aku ada kau
Yang gerila memijak hati aku

Kalau objek yang kau kata solid itu
Lagi punya rasa
Lagi punya hati
Lagi punya jiwa
Syukur aku pilih dia
Yang apa saja dia ternyata fahami aku

Bercinta dengan Blackbird Fly lagi baik berbanding kamu, hakikatnya



hembusan nafas kapal terbang kertas,

20/11/09

Bagaimana kalau orang yang kau benci mungkin saja orang yang kau suka?

Em kejap ye, banyaknya orang yang aku benci. :DD

Tapi aku bukan nak kata ini salah satu karakter drama atau fairy tale yang perlu diikuti, atau kau nak kata ni satu karma, buu!

Apa macam korean story lah, muak.