Semalam petang aku tengok konsert AF ulangan punya. Ini perkara biasa bagi pelajar2 macam aku yang akan tengok AF setiap sabtu jam 9 malam. Tapi aku takde lah macam tehape-hape bila ade yang tersingkir ke punya gila nangis ah(dorang palestin kena bom pun dorang tak nangis teruk haih!), lepastu pegi undi undi lah. Undi pakai duit ow. Tak kesah pula duit habis, ni nak sedekah 50sen dalam masjid pun rasa berat. Mari lah sama-sama termasuk aku renung-renungkan. :)
Hey jangan tipu korang tak penah tengok AF. Mesti penah tengok punya walau sekali. Tengok tak bermakna kau minat dengan rancangan tu. Mungkin sekadar konon konon tersalah tekan saluran tv atau saje nak habiskan masa. Contoh kau tengok Amboi Amboi, kau bukan minat rancangan tu pun cuma nak tahu kenapa orang boleh minat rancangan suka-jaga-tepi-seluar-dalam-orang tu. At least kalau ada kumpulan kat sekolah kau yang ketagih dengan AF, kau tahu lah juga satu dua perkara. Ada yang kutuk gila gila AF tapi masa tv bukak seronok pula dia layan. Wahaha. Mana ada aku sindir kau?
Sekarang aku nak jadi peramal JUARA AF ke 7. Dan calon-calonnya.
Dan Finalisnya. JENG JENG JENG.
Haha ade sape2 tak puas hati? Kau kena tahu yang layan AF adalah kaum hawa kebanyakannya. Dan ditambah pula mereka akan menyokong kaum Adam bukan kaum Hawa sendiri dek terpikat dengan kejambuan, kedurianan, kepetaian, kebelacanan kaum Adam. Sebab tu lah AF yang jadi JUARA banyak lelaki. Kaum Hawa semua dah gila. Jadi tu yang finalis aku letak dua je perempuan. kaum Hawa sokong lah sesama kaum anda. Wanita Boleh OH! Ahaha
Aku baru balik Kuantan semalam. Kaki aku tak pernah jejak Kuantan before ni, so aku memang excited gile tahap ayam kampung masuk bandar! Aku tak tahu kenapa. Mungkin pasal dah batak sangat tak pernah tengok Kuantan secara live. Haha!
Oke dah dah tamat episod Kuantan. Apepun sila klik play untuk kesan yang lebih mendalam sambil baca entri kali ini. Haha!
Hari jumaat hari tu. Mungkin seperti dalam filem, mungkin seperti dalam drama RTM, mungkin sama seperti cerekarama setiap sabtu 10 malam, tapi berbeza dari segi watak. Keseluruhannya, aku rasa aku dah direct satu filem dalam hidup aku. aku lah director, aku lah pelakon, aku lah penulis skrip. Huhu.
13MAC2009, JUMAAT: Entah kenapa aku rasa hari ni susah betul aku nak dapat bas. Lebih satu jam gak lah aku tunggu gila gila punya nak dapat bas. Tapi hampeh je. Bengong punya orang bas tak nak hantar aku. Aku dah tension. Malu gila naik kemudian kena turun balik. Tak nampak aku pakai baju sekolah ke. Semailah rasa simpati sikit. Huh!
1. Berjumpa di suatu tempat. Disebabkan hari ni last day sekolah, next week dah start cuti, jadi ramailah manusia yang sempurna beruniform sekolah. Seronok tengok dorang. Tiba-tiba teringat diri aku yang tak dapat masuk asrama pulak. Huhu. Dalam ramai-ramai tu, aku terperasan seorang insan yang dari mula aku sampai stesen bas; pukul 6 sampai lah pukul 7 dia still ada lagi. Uh tak balik-balik lagi dia ni. ingat aku seorang je yang lambat.
2. Mungkin kerana kebetulan. Masa aku sampai sana. Aku duduk lah dekat kedai sebelah dia. Kadang-kadang aku singgah juga kedai dia duduk tu nak beli gula-gula. Seyes oh bosan gila duduk sorang-sorang dekat stesen bas tu. Nak jadi cerita tinggal aku dan dia je manusia pakai uniform sekolah. Ini betul-betul sangat kebetulan. Haha! Dah kata pukul 7 mesti lah kosong jugak stesen bas tu. muka aku dengan dia je.
3. Masing-masing malu nak berkata. Pasal dah bosan gila. Aku ada juga lah terfikir nak tegur dia. Tapi aku batalkan je niat tu. Yang aku tahu masa aku datang kedai dia, dia pergi lari kedai sebelah. Aku bajet dia malu kot. Aku msg Emin dia kata muka aku terlalu horror sampai laki tu pun takut. Ceh! Ahaha!
4. Pandang dan pandang. Dia pelik tengok aku, aku pun pelik tengok dia. Aku tengok dia macam orang ada masalah. Masalah takde transport nak balik macam aku ni. huhu. Tapi aku tunggu bapak aku ambil. Jadi aku rasa dia pun tengah tunggu bapak dia lah kot.
5. Si lelaki mulakan langkah pertama setelah berapa lama lihat si gadis. Kau tahu dah satu jam setengah baru lah dia mula nak tegur aku. hati aku dah berbunga-bunga dah ni. haha! Masa tu aku dah blank gila. Terlalu teruja sampai terdiam seribu bahasa. Macam kau harap tom cruise tegur kau, then jadi kenyataan. Wuyo! Gila lah!
6. Sesi berkenalan bermula. Macam tengah interview je. Tanya nama, umur dan macam2 lah. aku tak ingat soalan pertama dia tanya sebab terlalu teruja lah katakan. Hati aku dah tersenyum, tapi wajah aku malu2 tak terkata. Ini sangat siot ok! Ahaha! Aku nak sediakn dialog kitorang tapi apekan daya nanti aku tokok tambah pulak pasal memori aku dah kureng sikit lah. :)
7. Tercakap serentak. Gelak. Oh part ni paling best gila! Aku nak tanya dia, then dia pun nak tanya aku. dua-dua nak tahu pasal diri masing-masing. Aku dah tergelak gila. Aku pun bagilah dia cakap dulu. Masa ni aku guna kata ganti nama diri pertama, awak saya. Ceh! Mula2 nak guna aku kau tapi pasal tengok fenomena masa tu sangat indah, guna aku kau macam merosakkan susana je. Wakaka! Satu lagi kebetulan ialah umur kitorang sama oh! Aku betul2 dah rasa, “ni cerita arahan aku yang terbaik.” Huhu.
8. Dan berakhir dengan selamat tinggal. Belum sempat mintak contact no, alamat rumah, angka giliran PMR, no IC, tiba-tiba je dia datang kat aku lepas tu cakap bye. Ni betul-betul part sedih. Sila menangis dengan saya. Huhu
9. aku pun harap aku dapat jumpa lagi macam blogger lain rasa. Dan mintak-mintak masa jumpa tu dia still ingat aku lagi lah. Kalau jodoh takkan ke mana kan? Haha :)
Dalam kereta, parent aku tiba-tiba tanya aku soalan tiada penghujung. "dapat tak no dia?". "dia hensem tak?". "dia sekolah mana?". "dia duduk mana?". "dia balik bila?" Dah dah banyak gila soalan depa, tak tertulis aku. :)
Abaikan muka aku. Lihat wanita tudung purple dengan mata kiri kamu :)
Aku: “Atok selamat hari jadi!”
Atok: “Terimakasih mana kek?”
Aku: "atuk datang KL baru lah kite bagi."
Atok: "Tahun depan kalau panjang umur. haha."
Ade sambungan dialog di atas tapi semua ucapan untuk abang aku yang nak ambil result esok. Pasal takde kena mengena aku malas nak letak. Haha. Ada sambungan dialog tu boleh membanggakan aku, jadi aku tak tulis juga pasal takut makin bertambah inci lubang hidung aku ni. Kalah Ahmad Nispu karang. haha
Atuk pempuan, semoga sihat sejahtera. Atuk pempuan, semoga panjang umur. Atuk pempuan, semoga sentiasa berbangga dapat cucu macam kite. Haha. Atuk pempuan, semoga dirahmati Allah selalu. Atuk pempuan, semoga bahagia bahagia dan bahagia. Atuk pempuan, semoga awet muda.
Tahun ni betul-betul ikut tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar. Hari isnin dan bertarikh 12 Rabiul Awal kan? Cuma bukan tahun gajah lah. Tahun ni tahun apa? Tahun ekononomi nazak kot? Innalillahh. :)
Aku dah kehabisan gambar. Jadi terpulang kepada anda untuk menilai sejauh manakah gambar ini memberi kesan mendalam kepada anda apabila anda menatapnya. ceyy! Haha
Sebenarnya tadi pagi aku bangun, tapi aku pelik apesal macam tiada apa-apa. Mungkin aku seorang je kot yang rasa. Tapi serius oh aku heran kenapa tak meriah pagi ini. Hujan rahmat dah mula turun. Aku sampai lupa hari ini maulidur Rasul. Kalau dulu masa kecil, meriah lah jugak. Sekurang-kurangnya terasa lah juga sambutan tu. Kali ni sepi aja. Orang berarak pun tak kelihatan. Aku tengok tv pun macam tiada apa-apa. Macam hari biasa juga. Mungkin semua dok sibuk lagi pasal PPSMI tu kot? :)
Semalam ada pertandingan pantun peringkat daerah. Aku rasa semua sekolah pun ada turut serta pertandingan ini kan? Ha pertandingan pantun tu berlangsung dekat sekolah Sri Kundang. Sekolah tu punya assembly hall buat aku jeles uh. Gila besar kalah sekolah aku punya. Sekolah aku punya kecik tahi gigi aja kalau nak compare. Eh tapi jangan bangga sangat wahai warga Sri Kundang, kamu punya sekolah gila menakutkan. Especially masa lalu kelas. Aduh gila pening oh. Lalu aja dengar bunyik feewit kecoh kecoh. dengan ada orang sepak2 botol. Maaf cakap tapi macam dalam sangkar yang dipenuhi budak-budak nakal. Tandas nak masuk kena bayar. 5sen aja. Tapi aku dengan kak Razan tak payah pasal orang luar mungkin.
Aku patutnya dipilih jadi pemantun ketiga. Tapi entah kenapa aku tolak. Aku nak jadi pelapis dan pemain simpanan aja. Lagipun kalau ikut undang-undang, next year memang aku sah sah akan masuk. Jadi aku biar Amira aja masuk pasal dia lagi bagus dari aku. kan Amira kan?
Tahun ni sekolah aku dipilih lagi jadi pembuka pantun. Siot betul. Kalau jadi pembuka pantun maksudnya kena menang dulu pusingan ni baru boleh masuk pusingan yang sebenar. Betul-betul tehape2 oh pasal kalau kalah, memang kalah lah. oh kitaorang lawan dengan sekolah SBPI Rawang, senyum senyum aja mereka tu. Nasib iman aku kuat lagi. Haha. Malang untuk hari ini, sekolah aku kalah di pusingan awal. Aku dah kecewa habis pasal dah tiba masa nak balik sekolah. Aduh! Kalau balik sekolah kena ambil periksa. Aku pulak satu buku sejarah pun tak sentuh lagi. Nak balik rumah nanti kena patah balik pergi tusyen. Haih!
Cakap pasal pantun, bukan team aku tidak bagus. Bagus weh sengit aja pertandingan tu. Cuma pihak lawan lagi bagus. SBPI Rawang mereka memang bagus. Mereka memang pandai curi hati juri termasuk aku. hoho. Jadi tiada apa pun kalau nak kata tak puas hati ke dengan mereka. Kalah menang tu adat istiadat lah kan? Cuma aku nak komplen pasal juru pantun dan penjaga masa. Jalankan tanggungjawab anda dengan betul lepas ni oke. :)
Tahun hadapan ada lagi. Tahun hadapan jumpa aku pula di gelanggang. Wehuu!!
Ada sedikit kontradiksi dari segi persoalan yang dimainkan dalam pantun dibawah.
Oke sebenarnya begini. Aku cuma tertanya-tanya bahasa Malaysia, bahasa Melayu adakah merupakan satu bahasa yang sama.
Di sebalik tabir: atuk aku cakap dekat abang aku, “bahasa Melayu sekarang dah rosak.”. aku diam saja pasal ala jawapan dia mesti pasal bahasa inggeris punye! Takde jawapan lain lah. Tiba-tiba ada sambungan dalam dialog atuk aku, “bahasa Malaysia tak sama dengan bahasa Melayu.”. dan seterusnya aku tak ingat :) ** sebenarnya dialog dia tak macam ni. tapi lebih kurang ajalah. Gila apa aku nak hafal setiap dialog orang. :)
Dah tahu benda tu aku jadi manusia non-stop thinking pasal bahasa. Kalau selama ni aku ingat bahasa Melayu dan bahasa Malaysia satu bahasa yang sama, dan rata2 aku tanya orang pun, orang akan jawab apa aku dah jangka. Dan macam kau semua tahu, akan ada orang kata, apa aku karut memikir ini salah. Malaysia untuk bahasa, Melayu itu kaum. Ok baiklah. Peduli apa aku kan? Hoho. Jadi setelah berapa kali perah otak, aku rasa betul lah memang ada beza bahasa Malaysia dan bahasa Melayu.
Begini murid-murid yang cikgu kasihi sekalian. Cuba kita fikirkan kenapa kita boleh lah sikit-sikit faham apa orang Indonesia cakap. Sebab dia cakap bahasa Melayu. kalau dia cakap bahasa tamil, kau faham ke? ha samalah juga. Bahasa Malaysia kalau kita lihat sekarang punya lah canggih gila. Kalau kau tanya atuk kau apa itu kontradiksi dan segala macam lah bahasa Malaysia, agak2 dorang dapat tangkap tak maksudnya. Kau yelah dapat tangkap. Mereka mungkin tidak. Dan sekarang mari kita buat-buat pelik kenapa orang Malaysia tak faham bahasa Malaysia? Bahasa Melayu pula aku rasa ialah bahasa klasik, sastera lama. Bahasa yang terdapat dalam prosa klasik yang gila jarang nak dengar orang Melayu kita sekarang menyebutnya. ** gila pening aku buat statement ni. :)
Ini pendapat aku lah.
Bahasa Malaysia sebenarnya yang memupuskan bahasa Melayu ini. Kau lihat bahasa Malaysia sekarang, macam aku cakap tadi punya gilalah hebat. Kadang-kadang kau sendiri pun dipaksa buka kamus dewan cari maksudnya pasal pening gila nak bayangkan maksud bahasa-terlalu-moden ini. nak buat karangan sekarang ni pun kena guna bahasa moden gila ni. baru dapat markah bonus lah kononnya. Baru dirasa pengarang itu begitu hebat gila guna bahasa moden sampai pemeriksa kena khatam kamus dewan. Aku pun suka pakai bahasa moden, canggih-canggih sesuai dengan jenama baju sekolah aku; canggih. Ahaha. Cuba kalau guna bahasa Melayu tulen (saja bold kan perkataan tulen, supaya tiada salah faham nanti). tak pasal-pasal aje kena gelak. Ingat orang buat lawak ke panggil mak dengan panggilan “bonda”? :)
Aku tak faham betul kenapa bahasa Malaysia sering menukarkan bahasa Inggeris jadi bahasa Melayu. Kekurangan perkataan ke sampai kena ambil orang luar punya perkataan? Aku rasa setiap bahasa sepatutnya mempunyai identiti tersendiri. Contoh, bahasa arab. Mana ada bahasa kat dunia ni yang gila banyak imbuhan macam bahasa arab. Jadi bahasa Malaysia mengapa tidak dikekalkan sahaja kemelayuan di dalamnya? Nak juga jadi macam bahasa Indonesia, suka plagiat bahasa luar. Nak terbahak oh tengok cerita Indonesia masa akhir cerita, yo yo o’ je tulis “episode”, rupanya cerita fully melayu aje.