7/08/12

Gunting


Bismillahirrahmanirrahim.

I got 3 weeks more in Tokyo. Yeayy and boo sebab dalam masa ni, beranak ranak masalah gua timbul. Semua angkara nak masuk U. Why university, why jpa, why you make it hard for me? Aku tak terlarat ah nak layan kemahuan remeh kau. Asal kau tahu.

Aku rasa nak lumat lumat aje kasi retak seribu masalah masalah ni, aku nak pecut jauh tinggalkan masalah ni, aku nak sorok masalah ni supaya aku tak perlu nampak kelibat dia. Aku benci tau.

Tapi tinggi mana pun keinginan aku, the way I see problems is like a strechable attachment. You tried to move farther away from your problems, but in the end you still with ‘em. Unless you have a scissors which is a solution.

Hahh mane gunting? Baju raya tak siap lagi ni. Aiihh


24/07/12

Today is 24/7

Hye, I’m back aliens.

Y’know what, 5 months of holiday is genuinely good but sometimes it puts you in boredom. I rarely bored because I know there are so much to learn, so much to discover, so much to explore but right now I have plenty of time and I strongly want to kill them. Watchaa! So aku pun tulis la blog balik. Haha

Within this one year, I
 1.finished my foundation in puncak alam and Alhamdulillah I was gratified with the result
2.finished nihon-go class B and rewarded as zero-absent-student by sensei (^^,) But still nihon go aku tak power maciam dak dak yang bebetul zero absent.
3.learned how to make macarroon, frittata, curry bun, roti canai etc etc ありがとうおかあさん。
4.Met awesome people specially Justina and nihongo classmates.
5.Joined ALFS bazaar in Tokyo, representing Malaysia. Bunyik macam gempak padahal gua dok jadi tugu negara senyum ala ala lisa surihani, pass brochure then I'm done bole balik tanam jagung.
6.celebrating Ramadhan in Tokyo, insyaAllah Eid Ul Fitr too.
7.wore kimono and yukata for the first time. Bak kata Zul aku jadi muslimah kimono gitu :)
8.I don’t remember
9.I don’t have any idea
10.Same as above

This Sept, insyaAllah I’ll be in University Malaya to catch my dream, hold it and make it comes true. みんあがんばりましょう!

1/12/11

Well, I abandoned this blog for too long. Hello people.

Because today we have no biology lab and the class starts at 1230(the good point) and we have to panjat batu caves back to go to ceramah at RSU(the bad point) then turun batu caves balik to go to kayak meeting(the bad point, also) then have to panjat batu caves balik because our home is atas bukit(the bad point, too). Well, this is tremendously awesome!

"1good vs 3bad"

Kalau aku tak kurus jugak, maknanya aku mempunyai lemak yang degil.

15/07/11

WHATTHETHE?



Ah google pilih kasih, -.-

5/07/11

OK

24/06/11

Nota Untuk Melaju

Terima kasih kerana perlahan hari ini. Walaupun singkat, tapi cukup. Alhamdulillah :)


Ikhlas daripada, Mengejarmu

8/06/11

Macam biasa, wednesday is an overjoyed day

Dan tiba tiba teringat kenichi matsuyama, Hahahahahaha comelnye rambut cendawan awak :D

29/05/11

Puncak Alam punya cerita

1. Aku terfikir apa benda akan orang ceritakan pasal seminggu MDS? Penat, tak cukup tido, bosan, ceramah. Zzz aku pun tak nampak apa yang menarik dengan MDS sebab aku terfikir ice breaking, gelak gelak dengan budak baru, tapi aku kurang dapat semua tu. Mungkin ni la kot cara budak U orientasi, mungkin..

2. Sebab masing masing punya former schoolmates tersendiri, jadi boleh nampak keasabiahan secara terang terangan. Eh apasal schoolmates aku tak asabiah eh? Eh? Ehhh? Haha

3. Kampus Puncak Alam serius besar gila. Tapi, besar besar pun tempat sidai kain jugak paling kecik. Apasal la doh? Apasal? Tu benda wajib weh. Sama dengan persoalan farah khalil apasal fasa 1 ni UiTM tak bina masjid. Ha ni satu lagi benda benda yang wajib tapi diremeh temehkan. Aku tak faham, kau faham?

4. Aku ada problems dengan gelagat sekeliling aku. Yang tak babitkan aku, aku boleh tolak tepi. Tapi yang tang aku tengah sedap sedap queue basuh tangan , then datang segerombolan remaja kacau line aku, tu memang serius mintak penampar. Macamana nak gain respect kalau kau pun tak respect orang? Zzz

Semoga aku enjoy dengan setahun yang akan datang, insyaAllah.

18/05/11

Sepetang bersama teh o ais



Dikuasai oleh blackbirdfly.
Lokasi sekitar Tokyo, Japan.

16/05/11

Your parents are the real teachers

Selamat hari guru kepada ayah bonda yang mendidik aku 24/7 sejak aku mengada ngada sampai aku dah matured sikit dan mengajar aku dari gabungan dua ilmu duniawi dan ukhrawi dan semua subjek sivik, math, masak, lipat kain etc etc. Okay, banyak sebenarnya yang dorang ajar.

Anyway, thank you so much ayah bonda.

9/05/11

Ni baru betul kuasa di tangan anda



Mungkin nama rumah ni iHouse.

Mungkin ini yang terbaik

Alhamdulillah, got uitm. Jadi, secara rasminya boleh ucap goodboi to Egypt, Tanta, medicmesir, gmn and apa apa pama scholarship yang lain.

Apasal tak pilih Egypt?

Aku pun tak pasti sebenarnya. Tapi kau pernah dengar orang kata, “lagi banyak eksplorasi, lagi banyak kekeliruan”? Secara ikhlasnya, aku memang tak suka apa apa keputusan aku dipersoalkan walaupun niat kau baik nak bagi advices, sebab benda benda macam nilah yang akan turun tahap konfiden aku ke tahap paling low yang boleh sampai aku cakap aku taknak pun benda yang pernah menggilakan aku. yes kalau boleh aku memang taknak dengar sepatah haram kau tak sokong keputusan aku. Kalau boleh kan, tapi sampai bile nak suka benda menipu, jujur jugak is the best walaupun memang serius pahit tak manis manis dah.

(Ehem! Well this is different with lomo stuffs and dunk high, of course)

Apapapun semoga kita bergembira dengan apa jua pilihan yang kita buat. Jumpa aku kat koleq Rafflesia, Puncak Perdana ahad ni.

3/05/11

Selasa

Kau faham tak perasaan orang yang tak ada lesen tapi sekarang suka hati dapat bawak kereta coolio coolio gelong-ly tanpa kena saman?

Dua hari yang lepas, masa aku wandered kat google, terjumpa pulak dengan NFSW. Serius punya lama tak jengok game ni. Bila dapat tekan button play, pergh tak tau nak kecek lagu mana. Memang best gile.

So siapa siapa ada account NFSW, tolong lah pm aku. Kita merempit jom!



**NFSW=need for speed world

2/05/11

Pasal Masterchef

“Sementara semua jadi bisu, atas semua salah laku, elok kita selangkah maju, supaya bibir ini tidak diketap selalu”

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam aku tengok junior masterchef. Masa Isabella tu masak, dia terlupa masukkan sesuatu. Kawan kawan dia sedar akan kesilapan dia. Tapi semua ambil jalan berbisik. Aku macam bengang jugak la, tapi nasib baik dia johan bukan zizan.

Jadi, aku rasa kadang-kadang bila tengok orang buat silap, ramainya sedar kesalahan tu. Tapi bukan semua cukup kuasa untuk tegur. Ramainya berdiam diri, geleng dan cakap belakang. Sama macam kau ada kawan, kawan kau tokoh pelajar cemerlang, sama macam kau ada cikgu, cikgu kau seorang ustazah; Tapi kau bertepuk tampar dengan ajnabi, kau seksi, kau pergi clubbing, kau masak tak sedap, kau bangun lambat hari hari, kau tinggalkan solat, kau tak beratur kat kantin, kau buang sampah merata rata, kau berak tak flush, kau kutuk cikgu, etc etc mereka tahu. sedihnya kadang kadang atau memang selalunya tak ada sorang pun nak tegur. Ada yang lagi bagi sokongan moral ada la. Kalau macam tu, sampai bila pun tak akan ada perubahan. Ingat semua benda boleh bergerak secara automatik. Kalau macam tu, tak ada lah perkataan manual.

Jadi bang/kak dan diri sendiri, jangan nak ketapkan bibir sangat, jangan nak perapkan ilmu sangat. Orang buat salah, tegur la. Untuk kebaikan bersama. Tegur tu memang pahit, tapi kita boleh memaniskannya.

24/04/11

Mencari Konklusi

Matriks, Asasi and Egypt.

Alhamdulillah. 3 pilihan buat masa ni walaupun dua lagi masih atas awan. Tiga tiga bagus, tapi nak cari yang paling bagus dengan diri sendiri, okay tipu la kalau cakap kacang kan. Aku belajar dari silap. Bukan semuanya boleh ikut pandangan mata yang selalu indah. Memang dalam hidup kita, kita mesti mencari yang terbaik. Betul. Tapi, kau rasa semua yang terbaik itu adakah yang terbaik untuk kita? Wallahualam.

Serupa manusia tipikal, aku harap satu tindakan yang sempurna yang tidak bawa sesal.

“Allah! guide me towards righteous actions, fulfil my needs and hopes, O One who does not need explanations nor questions, O One who knows what is in the chests of the (people of the) world. Bless Muhammad(sallallahu alaiyhi wassallam) and his family.”

19/04/11

Selepas seminggu bernafas

Aku ambil masa seminggu untuk tulis balik post ni. Mungkin kalau aku tulis seminggu tu kau akan nampak aku balik balik complain, complain, complain. Sekarang dah lepak chillex sikit, baru boleh tulis ikut rasa akal.

Seminggu merasa panas satu Malaysia. Tak banyak benda poyo aku dah buat. Tak ada lah, kalau nak keluar rumah tu, aku upah orang kipas kipas kan aku. Tak ada lah, kalau nak masuk public toilet tu, aku nak jamban yang ada banyak buttons. Tak ada lah, kalau nak pergi mana mana tu, aku nak naik KTM yang serupa ERL. (Woi setakat ni aku rasa ERL paling punctual, tak boleh kutuk dah) No No No, I takdelah poyo sangat yo walaupun ada niat nak semua tu.

Memang betul banyak perubahan akan kau rasa kalau kau datang dari comfort zone dan nak beralih ke discomfort zone, walaupun kau pernah merasa discomfort zone tu bagaimana. Serupa macam mat saleh kena stay kampung. Balik balik main sep sep. Serupa macam budak chicken chop kena makan belacan. Serupa macam budak celah ketiak mak kena pergi hostel. Samada kau nak rasa perubahan tu sesuatu yang baik atau tak, samada nak bersyukur atau nak maki. Terpulang. Kita mungkin paling banyak sedar bila beranjakan dari comfort zone ke discomfort zone, sebab masa tu kita akan berfikir panjang, baru tahu erti kesyukuran. Jarang orang berfikir bila dah beranjakan discomfort ke comfort zone. Sebab kita bukan mudah bersyukur. Ye, aku lah tu.

Dan dalam banyak banyak perubahan tu kau sendiri akan rasa macam nak bandingkan je, tak bandingkan rasa tak puas hati pulak. Bukan pasal nak mempoyokan diri atau nak sangat nampak kau ni berasal dari kampung senang lenang. Tidak sama sekali. Kadang kadang orang yang buat macam tu ada je orang kata gedik, bajet, poyo. Yes, aku pun kutuk dorang apa. Tapi lama-lama aku rasa setiap apa orang buat mesti ada sebab kenapa dia perlu membandingkan, samada dia jujur atau tak, samada dia tahu apa dia cakap ke tak, wallahualam. Yang tak tak tahu apa dia cakap tu, yang macam nak mintak pelempang 90 darjah. Ada ke bandingkan durian dengan cheese cake? Ada ke bandingkan belacan dengan jem strawberry. Okay, tu bandingkan ke samakan?

Memang betul, membandingkan banyak banyak memang nampak serius menyampah. Macam adat petandingan, sekarang ada adat perbandingan. Salah satu mesti jadi winner dan not-totally-loser. Biasaq la tu,, Tapi bukan semua perbandingan cari pelempang kan? Ada sesetengah perbandingan daripada asas yang boleh pakai dan mungkin hanya minority yang memahami. Dan sesetengah perbandingan boleh jadi satu motivation untuk terus mengorak langkah ke hadapan. Tak salah kan. Yang penting cara orang tu menyampaikan dan menjelaskan sesuatu perbandingan yang membezakan respons orang ramai. Kalau bajet nak sindir je, memang menyampah la woi.

Jadi, berbalik kepada diri sendiri. Serius, kalau nak bandingkan Jepun dengan Malaysia, you know very well siapa johan siapa zizan. Tak perlu aku cakap lagi. Amazing internet connection, amazing people, amazing services, amazing places, amazing culture, amazing country, what else can I say? Memang kalau boleh nak je taroh amazing hiro mizushima, amazing takuya kimura, amazing ikuta toma. Haha tapi karang aku over cakap aku gedik. Amende lah kome ni.

Memang Malaysia masih jauh lagi nak beranjakan, tapi tak mustahil Malaysia boleh jadi seperti negara negara kelas pertama. Sebab tu wujud wawasan 2020. Sekarang pun penuh dengan cendekiawan, bersepah-sepah. Tak kan lah, dalam banyak banyak cendekiawan tu sorang pun tak mampu mengubah Malaysia. Lagi pelik kan. Apa guna 9k orang straight A’s. Haha

Macam mana pun, apa yang penting kita sendiri kena berubah. Aku, kau, kita, semua. Kalau diri sendiri pun tak boleh berubah, tak payah lah nak mengaharap satu komuniti nak berubah, lepastu main tunjuk tunjuk bila negara banyak masalah. It’s not about the country itself, it’s about the people in the country.

8/04/11

Ni mungkin(atau memang) last post aku from japan

Assalamualaikum, ohayo.

Making a decision is not easy, yeh aku pun tahu. Sebab tu ada solat sunat istikharah. Untuk memudahkan kita yang selalu alpa, leka dan lalai. Bercakap pasal keputusan, bukan senang nak lupa benda yang boleh buat kau sesal. Mungkin sampai bila bila pun akan ada rasa penyesalan yang buat kau caci maki hina kutuk diri sendiri.

Sampai kau jumpa satu kepuasan, kau akan lupa apa itu penyesalan.

By the way, 5 pagi ni turun Narita airport, balik Malaysia. Aku balik Malaysia masa the best season of the year. Aku balik Malaysia masa Jepun tengah nazak, pukul 11:37pm tadi ada aftershock yang sanagt kuat dan tsunami warning at miyagi prefecture. Aku balik Malaysia just nak hadir satu benda yang tak payah hadir pun takpe. Aku balik Malaysia dalam kondisi zombie yang kena tukar jadi manusia(how does it feeeeel? Mesti lah sedih). Aku balik Malaysia padahal aku ada 1-2 bulan stay sini. Aku balik Malaysia equals to nothing. Okay, loser.

I wish the cloud has a silver lightning. And I can bahgia and no familysick.


Sekarang, boleh tidur. Boi

3/04/11

Today's journal III

"When you are grateful fear disappears and abundance appears", Anthony Robbins

Sepanjang masa masa yang diberikan, Alhamdulillah. Bersyukur masih dikurniakan kesemua pancaindera untuk menikmati setiap bait keindahan alam, manusia dan makhluk ciptaan Allah. Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, lidah untuk merasa dan kulit untuk menyentuh. Alhamdulillah.

4 bulan di Tokyo, bukan apa yang sahaja. Masa yang aku letakkan dalam kotak metamorfosis yang dahagakan evolusi. Dah 17 tahun menghirup udara pinjaman. Kadang kala kotor, busuk dan caci maki. Kadang kala bersih, nyaman, jarang sekali ucap syukur.

Pulang Malaysia? Alhamdulillah, sekurang kurangnya ada tanah air. Tinggalkan Jepun? Alhamdulillah, sekurang kurangnya dah pernah jejak. Flea market tak bukak? Alhamdulillah, sekurang kurangnya duit selamat. Terserempak lelaki kacak? Alhamdulillah, sekurang kurangnya anime tak tipu. Basuh pinggan? Alhamdulillah, sekurang kurangnya tu tanda baru selesai menjamu selera. Lapar? Alhamdulillah, sekurang kurangnya selalu kenyang. Duit sikit? Alhamdulillah, sekurang kurangnya membantu pendapatan orang lain. Tak dapat A lurus? Alhamdulillah, sekurang kurangnya ada usaha.


Ajar aku untuk bersyukur dengan benda silap dan remeh, aku nak berhenti menyesal.

30/03/11

Jangan jadi lalang

Salam sejahtera.

Jadi apa perkembangan terbaru anda? Makin sihat, makin ekzaited,makin matang? Seorang aku belum punya lagi kesemua rasa sedemikian, cukup dengan kalimah Alhamdulillah untuk masa masa yang ada. Mungkin sebab aku dah mula bosan nak layan laman laman sesawang yang sekarang boleh kata Fb pun dah rupe macam twitter, myspace dah rupe macam Fb. Makin lama, servis makin hampeh. Very well, I hope you guys are under Allah’s protection as always. Sekarang macam macam boleh berlaku, surat khabar bukan lagi siaran sukacita tetapi lebih dukacita dan seramcita. Jaga diri, jaga nama, jaga maruah.

Bila dah selesai keluar keputusan SPM, topik lagi mendidih mesti lah biasiswa. Memang banyak biasiswa yang ditawarkan dan memang banyak orang yang mohon. Tapi, aku heran dengan sesetengah orang. Mohon biasiswa membabi buta. Asal ada sebut biasiswa, main rembat je mohon. Aku pun desperate biasiswa la, bratha. Tapi, toksah lah menggila pergi mohon segala. Padahal kursus yang ditawarkan langsung tak memenuhi perisa asli kau.

Memang tak salah mohon banyak banyak. Dari aspek akademik, ya memang ada 9k calon SPM 2010 layak nak memohon secara membabi buta. Keputusan dah chaiya lah katakan. Kalau yang banyak tu memang kursus yang kau tahu kau akan suka untuk lakukan, baguslah. Tapi, kalau pilih kursus secara rawak atau patut aku cakap membabi buta, tak payah lah weh sebab belum tentu kau akan suka dengan apa yang kau akan lakukan. Memang, kau mungkin akan lulus temuduga tapi aku tak pasti kau akan puas hati tak dengan apa yang kau dah capai tu. Kuantiti tak bawa makna kepada kualiti. Langsung.

Apa salahnya kalau kau betul betul buat keputusan yang jitu arah mana kau nak masuk, arah mana kau nak tuju. Jangan jadi macam orang naik keretapi, tapi tak tahu trek apa keretapi tu lalu. Memang sampai ke sudah pun kau akan prektis kaedah buang masa dan tenaga yang langsung tak bawa bahagia. Tak payah lah hang dok sebut pasal just go with the flow. Bukan masanya weh. Sebab tu ramai yang kantoi masa belajar walaupun atas nama budak SBP, MRSM. Sekadar atas nama.

Cara terbaik untuk kau tahu kursus apa kau patut masuk ialah dengan tahu kerjaya apa yang kau mahukan. Yes, kerjaya bukan kerja. Tu dua perkataan yang orang selalu salah maksud. Kerjaya ialah benda yang kau tahu kau akan sukaria bila buat. Kerja, mungkin sukaria bila akhir bulan sahaja mungkin? Sepatutnya masa masa terluang macam ni, bukak balik buku biodata masa kecik kecik, ada satu pengisian untuk cita-cita. (Padahal masa kecik kecik skop kerja sangat tipis. Balik balik cikgu, balik balik polis. Okay, tak boleh pakai sangat buku tu.) Atau tanya diri sendiri apa kau nak jadi. Kalau kau boleh sebut kau tak mahu jadi cleaner bila besar, takkan kau tak boleh sebut apa kau mahu jadi. “Manusia berguna… Manusia berjaya...” Ya, berguna dari segi apa, berjaya dari aspek mana? You know yourself better than others. Seminit dua soal jawab diri bukan lama beb. Okay, kalau dah pecah otak sangat, buat solat istikharah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kau.

Jadi, apa aku nak cakap ialah dari korang enjoy dengan poket penuh hasil biasiswa, baik korang bagi dekat orang yang betul betul memerlukan. Kalaupun korang rasa layak, tapi kalau dah boleh jangka korang tak akan suka denagn kursus kursus yang ditawarkan, baik let it go. Jangan hidup suka tamak sampai boleh jadi penindasan cita cita murni orang lain.

Akhir kata, aku ada petik kata kata dari anon.
"The secret of life is not to do what you like but to like what you do"

Dah, selamat maju jaya.